SUKMA 2018: Fahrur idam wakili negara

ADVERTISEMENT

LUMUT – Pemanah Pahang, Muhammad Fahrur Rosi Choiril Anuar berharap kejayaan meraih pingat emas acara memanah 90 meter (m) compound lelaki Sukan Malaysia (Sukma) 2018 bakal membuka mata pihak tertentu untuk membawanya beraksi pada Sukan Universiti ASEAN (AUG) di Myanmar Disember depan.

Semalam, Fahrur Rosi melakar kejutan apabila mencatat 335 mata, sekali gus berjaya memadam rekod Sukma 2016 milik atlet Sabah, Wong Co Wan dengan kelebihan lima mata.

FAHRUR ROSI meraikan kejayaan meraih pingat emas dalam acara memanah 90m compound lelaki pada Sukma Perak di Lumut semalam. PIX by KOSMO!Online

Tanpa berselindung, Fahrur Rosi, 20, me­ngakui tidak menyangka dapat melakukan kejutan melakar rekod baharu pada Sukma 2018.

“Ini adalah Sukma pertama dan terakhir memandangkan saya telah mencapai (had usia) 21 tahun pada 2019. Jadi, saya boleh berbangga dengan pencapaian ini kerana saya berjaya mengawal situasi dengan baik walaupun hujan lebat pada sebelah pagi.

“Kawan-kawan serta jurulatih sentiasa berada di belakang saya untuk memberikan sokongan tidak berbelah bahagi. Gementar, tekanan memang ada tetapi berkat pengalaman lalu, saya berjaya menyesuaikan diri dengan baik. Saya hanya cuba buat yang terbaik dan tidak fikirkan (misi pecahkan rekod Sukma) tetapi pada masa sama, saya yakin boleh ca­tatkan mata tertinggi.

“(Mengenai peluang mewakili negara ke AUG) saya masih menunggu panggilan daripada pihak atasan yang akan membuat sesi pemilihan ke AUG Myanmar pada Disember depan. Saya tidak tahu tetapi jika saya dipanggil ke sesi pemilihan, mungkin saya dapat pergi ke AUG nanti,” katanya kepada Kosmo!semalam.

Dalam perkembangan lain, pelajar Politeknik Sultan Ahmad Shah (POLISAS) itu mengakui dia pernah diperlekeh dan diejek kerana terlibat secara serius dalam sukan memanah memandangkan komuniti berhampiran dengan Fahrur Rosi menganggap sukan tersebut tiada masa depan.

Kini, Fahrur Rosi membalas kritikan itu dengan penuh bergaya apabila me­lakar rekod baharu di pentas Sukma.

“Kritikan (menganggap sukan memanah tiada masa depan) itu ada tetapi saya tidak ambil peduli. Sukan memanah adalah kepuasan diri dan saya hanya buat apa yang saya suka dan kepuasan itu sukar digambarkan apabila setiap kali kamu berjaya melakukan sasaran dengan baik.

“Ia pandangan masing-masing, jadi saya langsung tidak ambil kisah,” katanya.

Sementara itu, pingat perak menjadi milik atlet Sabah, Eugenius Lo Foh Soon yang me­raih 331 mata, manakala atlet Terengganu, Mohamad Syafiq Md Ariffin menjadi pemenang pingat gangsa selepas meraih 330 mata.

Get real time update about this post categories directly on your device, subscribe now.

Next Post
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT

Upcoming Events

ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist