SUKMA 2018: Amber Francesca Naja sumbang emas memanah Sarawak

0
130
Memanah Sukma XIX Perak

Atlet memanah Sarawak, Amber Francesca Naja melakukan kejutan apabila menyumbang emas dalam acara memanah kategori 60m compound wanita pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-XIX Perak 2018.

Amber berjaya memperolehi 348 mata mengatasi Athirah Awni Mat Yatya dari Terengganu selaku pemenang perak dengan 346 mata pada saingan berlangsung di Padang Universiti Teknologi Petronas, Seri Iskandar di sini petang semalam.

BERJUANG: Atlet memanah Sarawak berjuang habis-habisan untuk memperolehi pingat pada temasya SUKMA XIX di Tronoh, Perak semalam. PIX: Utusan Borneo

Pingat gangsa bagi acara itu dimiliki atlet dari Pahang, Nur Azlin Azlan dengan sekadar memperolehi 343 mata.

Selain itu, atlet memanah turut menyumbang pingat gangsa menerusi Ngu Gao Teck bagi kategori 70m compund lelaki dengan meraih 344 mata.

Pingat emas kategori itu dimenangi atlet dari Sabah, Eugenius Lo dengan 349 mata dan perak diperolehi oleh pemanah dari Selangor, Muhammad Aliff Aiman Mohd Hassri dengan 346 mata.

Leave a Reply