TAKWIM MEMANAH / ARCHERY EVENTS

Memaparkan senarai takwim kejohanan memanah yang bakal berlangsung. Turut memaparkan kursus memanah, kejurulatihan, kehakiman dan yang berkaitan dengan sukan memanah di seluruh negara.

  • Kejohanan Memanah Kebangsaan 2024 Siri 2

    Presint 5, Putrajaya Putrajaya

    Persatuan Memanah Putrajaya (PMWPP) dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) sebagai penganjur bersama akan menganjurkan Kejohanan Memanah Kebangsaan 2024 Siri 2 pada 1 - 5 Mei 2024 di Putrajaya.

  • Sepang Archery Team Championship 2024

    SAM Bandar Baru Salak Tinggi Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor

    Persatuan Memanah Sepang (SEARCH) akan menganjurkan kejohanan memanah Sepang Archery Team Championship 2024, dari 10 - 12 Mei 2024 di SAM Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor

  • Kursus Asas Kejurulatihan Memanah Siri 5/2024

    Sekolah Kebangsaan Saujana Impian SK Saujana Impian, Kajang, Selangor

    Persatuan Memanah Daerah Hulu Langat (HLA) dengan kerjasama Persatuan Memanah Selangor (SELAR) menganjurkan Kursus Asas Kejurulatihan Memanah dari 18-19 Mei 2024 di SK Saujana Impian, Kajang.

  • Malaysian Armed Forces Open Archery Championship 2024

    Stadium Memanah Pengkalan TLDM Stadium Tertutup Memanah, Lumut, Perak

    Persatuan Memanah ATM (PMATM) akan menganjurkan Kejohanan Memanah Terbuka ATM 2024 pada 22-26 Mei 2024 di Stadium Memanah Pengkalan TLDM, Lumut.
    Open Tournament

  • Kejohanan Memanah Kebangsaan Bawah 12 & 15 Tahun 2024 Siri 1

    Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS) UniPSAS KM 8 Jalan Gambang, Kuantan, Pahang

    Persatuan Memanah Negeri Pahang akan menganjurkan kejohanan bawah 12 dan 15 tahun peringkat kebangsaan pada 24-26 Mei 2024 bertempat di Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS).

  • Kejohanan Memanah Kebangsaan Bawah 12 dan 15 Tahun 2024 Siri 2

    SMK Seri Mahawangsa Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Mahawangsa, Jitra, Kedah

    Persatuan Pemanah Negeri Kedah dengan kerjasama NAAM akan menganjurkan Kejohanan Memanah Kebangsaan Bawah 12 dan 15 Tahun 2024 Siri 2 dari 3 hingga 5 Oktober 2024

  • Kejohanan Memanah Kebangsaan 2024 – Final

    Kompleks Sukan MSN Nilai Persiaran Perbandaran, Nilai, Negeri Sembilan

    Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) akan menganjurkan Kejohanan Memanah Kebangsaan 2024 – Final di Kompleks Sukan MSN Nilai, Negeri Sembilan dari 17 hingga 20 Oktober 2024.

  • Selangor Indoor Archery Tournament 2024

    MAEPS Serdang (Malaysia Agro Exposition Park Serdang) Serdang, Selangor, Malaysia

    Persatuan Memanah Negeri Selangor (SELAR) akan menganjurkan Selangor Indoor Archery Tournament 2024 pada hujung tahun ini.