TAKWIM MEMANAH / ARCHERY EVENTS

Memaparkan senarai takwim kejohanan memanah yang bakal berlangsung. Turut memaparkan kursus memanah, kejurulatihan, kehakiman dan yang berkaitan dengan sukan memanah di seluruh negara.

Sekiranya anda ingin memaklumkan tentang kejohanan atau kursus berkaitan memanah yang berlansung di tempat anda, sila klik di “Create an Event” untuk menyiarkan maklumat kejohanan atau kursus tersebut.

Loading Events

« All Events

Malaysian Armed Forces Open Archery Championship 2024

May 22 - May 26

PMATM logo 800x600

Persatuan Memanah ATM (PMATM) akan menganjurkan Kejohanan Memanah Terbuka ATM 2024, mengikut ketetapan berikut:

Tarikh Kejohanan: 22 – 26 Mei 2024
Tempat: Stadium Memanah Pengkalan TLDM Lumut

Persatuan Memanah ATM (PMATM) berbesar hati menjemput pasukan-pasukan yang berminat untuk menghantar pasukan bagi menyertai kejohanan ini. Bersama-sama ini dilampirkan maklumat kejohanan untuk perhatian dan tindakan selanjutnya:-

Download Invitation Letter/Muat Turun Surat Jemputan

TARIKH-TARIKH PENTING

Tarikh Mula Pendaftaran MAREOS: 14 Mac 2024
Tarikh Akhir Pendaftaran MAREOS: 19 Mei 2024
Tarikh Akhir Bayaran: 22 Mei 2024
Mesyuarat Pengurus Pasukan: 22 Mei 2024
Tarikh Kejohanan: 22 – 26 Mei 2024

TENTATIF PROGRAM (TIDAK RASMI)

Tempat Pertandingan: Stadium Memanah Pengkalan TLDM Lumut.

tentatif jadual atm open 2024

PENDAFTARAN

Semua pendaftaran peserta (pengurus, jurulatih dan atlet) hendaklah didaftarkan melalui Malaysia Archery Results & Entry Online System (MAREOS). Tiada pendaftaran secara manual yang diterima. Ahli gabungan perlu daftar masuk di MAREOS melalui https://mareos.masarchery.org/ dengan menggunakan alamat email dan kata laluan yang telah ditetapakan oleh NAAM. Selepas daftar masuk, pilih kejohanan yang ingin didaftarkan.

Hubungi pihak NAAM (events@masarchery.org) jika ada sebarang pertanyaan ataupun memerlukan bantuan mengenai MAREOS. Untuk pertanyaan selain daripada MAREOS sila hubungi pihak penganjur.

KATEGORI

Kategori bagi kejohanan ini adalah seperti berikut:
1. Recurve Lelaki (umur dari 13 dan ke atas) RM
2. Recurve Wanita (umur dari 13 dan ke atas) RW
3. Compound Lelaki (umur dari 13 dan ke atas) CM
4. Compound Wanita (umur dari 13 dan ke atas) CW

PENYERTAAN

Penyertaan bagi kejohanan ini adalah tidak dihadkan. Setiap pasukan boleh menghantar seberapa ramai peserta.

Note: For overseas and non-citizens of Malaysia must send an email passport and passort sized photo to RMNarchery@gmail.com before 20th April 2024 for the entry process in the Lumut Navy Base.

Pendaftaran lewat (selepas tarikh tutup) atau pertukaran (selepas tarikh tutup) akan didenda mengikut kadar yang telah ditetapkan dan penganjur mempunyai hak untuk tidak menerima.

YURAN

Yuran penyertaan adalah seperti berikut
Pemanah: RM150.00/orang
Pegawai (Pengurus/ Jurulatih): RM40.00/orang

Kadar denda/ penalti pendaftaran lewat/ pertukaran adalah sebanyak RM20.00/orang.
Pertukaran atlet atas sebab kecederaan adalah dikecualikan daripada bayaran denda. Sila sertakan surat pengesahan daripada doktor perubatan.

MAKLUMAT PEMBAYARAN

Pembayaran perlu dijelaskan kepada akaun penganjur secara tunai selepas Mesyuarat Pengurus Pasukan pada 22hb Mei 2024.

PERATURAN

Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang World Archery dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia.

Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirnya, maka undang-undang World Archery yang terkini akan dipatuhi.

Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:

  • Sebarang kejadian akan diputus berasaskan kepada Peraturan Pertandingan Memanah Kebangsaan.
  • Sebarang perselisihan tekinikal akan diputus berasaskan kepada Undang-undang World Archery dan Pertandingan Memanah Kebangsaan.
  • Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankausa Teknikal dan Pertandingan Kejohanan adalah muktamad.

Hanya Pengurus Pasukan sahaja dibenarkan membuat bantahan. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja).

Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu ditolak atau didapati tidak wajar.

Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Pengurus Pertandingan dalam masa 15 minit selepas keputusan diumumkan.

Jarak yang akan dipertandingan adalah:
Recurve : 70m Rounds
Compound : 50m Rounds
Individu : 1/16 rounds
Berpasukan : 1/8 rounds

Target Face yang akan diguna pakai adalah:
Recurve : Outdoor 122cm Face (1 – X)
Compound : Outdoor 80cm Face 6 rings (5 – X)

HADIAH

prizes atm open 2024

PENGINAPAN

Pihak penganjur tidak menyediakan penginapan. Segala urusan adalah di bawah tanggungjawab pasukan masing-masing.

GANTI RUGI

Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia dan Jawatankuasa Pengelola Pertandingan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang mungkin berlaku kepada mana-mana atlet dan pegawai semasa kejohanan ini berlangsung termasuklah perjalanan dari rumah/tempat pertandingan/ rumah.

HUBUNGI PENGANJUR

Bagi sebarang pertanyaan dan maklumat mengenai kejohanan sila hubungi:

  • Encik Muhammad Helmi bin Zainol Abidin  +601139533436
  • Encik Muhammad Alif bin Samsudin +60175887285
  • Puan Nor Zarina binti Mahazan +601112566317
  • Encik Zainudin bin Abdul Rashid +60174201600

 

 

Details

Start:
May 22
End:
May 26
Event Category:

Venue

Stadium Memanah Pengkalan TLDM
Stadium Tertutup Memanah
Lumut, Perak 32200
+ Google Map

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist