TAKWIM MEMANAH / ARCHERY EVENTS

Memaparkan senarai takwim kejohanan memanah yang bakal berlangsung. Turut memaparkan kursus memanah, kejurulatihan, kehakiman dan yang berkaitan dengan sukan memanah di seluruh negara.

Sekiranya anda ingin memaklumkan tentang kejohanan atau kursus berkaitan memanah yang berlansung di tempat anda, sila klik di “Create an Event” untuk menyiarkan maklumat kejohanan atau kursus tersebut.

Loading Events

« All Events

Sepang Archery Team Championship 2024

May 10 - May 12

sepang archery logo 800x600

Persatuan Daerah Memanah Sepang (SEARCH) akan menganjurkan kejohanan memanah seperti berikut:

Nama Kejohanan: Sepang Archery Team Championship 2024
Tarikh: 10 – 12 Mei 2024
Lokasi: SAM Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor

Maklumat lengkap di: https://sites.google.com/view/searchteamchampionship2024/home

Anjuran bersama:
Persatuan Memanah Daerah Sepang (SEARCH)
SAM Bandar Baru Salak Tinggi
Kelab Memanah Chekgu Janggut

Dengan kerjasama:
Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM)
Persatuan Memanah Negeri Selangor (SELAR)

 

Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Muhamad Firdaus di talian +60179492600, Mohd Ridzuan (+6012-6849494) atau Danial Misban (+6017-3537818).


PENYERTAAN

Pendaftaran adalah terbuka kepada semua atlet memanah peringkat remaja dan cilik seluruh negara mengikut had umur penyertaan seperti di bawah:

KATEGORI BAWAH 12, 15, 21

• Recurve Lelaki B21 (umur dari 16 hingga 21 tahun) RM21
• Recurve Wanita B21 (umur dari 16 hingga 21 tahun) RW21
• Recurve Lelaki B15 (umur dari 13 hingga 15 tahun) RB15
• Recurve Perempuan B15 (umur dari 13 hingga 15 tahun) RG15
• Recurve Lelaki B12 (umur dari 11 hingga 12 tahun) RB12
• Recurve Perempuan B12 (umur dari 11 hingga 12 tahun) RG12

KATEGORI ASAS & PEMBANGUNAN

• Recurve Lelaki B10 (umur dari 9 hingga 10 tahun) RB10
• Recurve Perempuan B10 (umur dari 9 hingga 10 tahun) RG10
• Recurve Lelaki B8 (umur dari 7 hingga 8 tahun) RB8
• Recurve Perempuan B8 (umur dari 7 hingga 8 tahun) RG8
• Recurve Asas Mula Lelaki (busur kayu sahaja) WB
• Recurve Asas Mula Perempuan (busur kayu sahaja) WG

format kejohanan search 2024

PENDAFTARAN

Pendaftaran peserta (pengurus, jurulatih dan atlet) adalah melalui Malaysia Archery Results & Entry Online System (MAREOS). Tiada pendaftaran secara manual yang diterima. Sila daftar masuk di MAREOS melalui https://mareos.masarchery.org/ dengan menggunakan alamat e-mel dan kata laluan yang telah ditetapkan oleh NAAM.

Hubungi pihak NAAM (events@masarchery.org) jika ada sebarang pertanyaan ataupun memerlukan bantuan mengenai MAREOS. Untuk pertanyaan selain daripada MAREOS sila hubungi pihak penganjur.

YURAN KEJOHANAN

Atlet
Asas Mula: RM70.00.
Recurve Bawah 8 Tahun: RM70.00.
Recurve Bawah 10 Tahun: RM100.00.
Recurve Bawah 12 Tahun: RM100.00.
Recurve Bawah 15 Tahun: RM100.00.
Recurve Bawah 21 Tahun: RM100.00.
Pengurus/Jurulatih: RM10.00

jadual kejohanan search 2024

PERATURAN PERTANDINGAN

Pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang World Archery (WA Book 3 – Target Archery) dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia.
Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirnya, maka undang-undang World Archery yang terkini akan dipatuhi. Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankausa Teknikal dan Pertandingan Kejohanan adalah muktamad.

Hanya Pengurus Pasukan sahaja dibenarkan membuat bantahan.
Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus).
Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu ditolak atau didapati tidak wajar.
Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Pengurus Pertandingan dalam masa 15 minit selepas keputusan diumumkan.

GANTI RUGI

Pihak penganjur dan Jawatankuasa Pengelola Pertandingan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang mungkin berlaku kepada mana -mana atlet dan pegawai semasa kejohanan ini berlangsung termasuklah perjalanan dari penginapan ke tempat pertandingan,
dan tempat pertandingan ke penginapan.

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pegawai-pegawai berikut (melalui pesanan Whatsapp sahaja):

  • Encik Mohd Syakir bin Abu Bakar : +6012-203 0923
  • Encik Muhammad Firdaus bin Idris : +6017-949 2600
  • Encik Muhamad Lud Adha bin Ibrahim : +6010-415 2707
  • Encik Mohd Ridzuan bin Ahmad : +6012-684 9494
  • Encik Danial bin Misban : +6017-353 7818

Maklumat lengkap di: https://sites.google.com/view/searchteamchampionship2024/home

Details

Start:
May 10
End:
May 12
Event Category:

Venue

SAM Bandar Baru Salak Tinggi
Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi
Sepang, Selangor 43900
+ Google Map

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist