TAKWIM MEMANAH / ARCHERY EVENTS

Memaparkan senarai takwim kejohanan memanah yang bakal berlangsung. Turut memaparkan kursus memanah, kejurulatihan, kehakiman dan yang berkaitan dengan sukan memanah di seluruh negara.

Sekiranya anda ingin memaklumkan tentang kejohanan atau kursus berkaitan memanah yang berlansung di tempat anda, sila klik di “Create an Event” untuk menyiarkan maklumat kejohanan atau kursus tersebut.

Loading Events

« All Events

Kejohanan Memanah Kebangsaan 2024 – Final

October 17 - October 20

logo persatuan memanah kebangsaan malaysia

Dimaklumkan bahawa Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) akan menganjurkan Kejohanan Memanah Kebangsaan 2024 – Final pada 17 hingga 20 Oktober 2024 bertempat di Lapang Sasar Memanah, Kompleks Sukan MSN Nilai, Negeri Sembilan.

Tarikh Penting
Tarikh akhir pengesahan pendaftaran: 9 Oktober 2024
Tarikh Akhir Pendaftaran Pegawai: 10 Oktober 2024
Tarikh akhir bayaran: 10 Oktober 2024
Mesyuarat Pengurus Pasukan: 16 Oktober 2024 (9.00 malam, Google Meet)
Tarikh kejohanan: 17 – 20 Oktober 2024

MUATTURUN/DOWNLOAD SURAT JEMPUTAN DAN MAKLUMAT KEJOHANAN

TENTATIF PROGRAM

17/10/2024 – Khamis
Practice
Equipment Inspection
Compound Qualification Rounds

18/10/2024 – Jumaat
Barebow Qualification Rounds
Recurve Qualification Rounds

19/10/2024 – Sabtu
Recurve & Barebow 1/16 – Semi Finals
Compound Team 1/16 – Semi Final

20/10/2024 – Ahad
Bronze & Gold Medal Matches (All Categories)

PENDAFTARAN
Semua pengesahan pendaftaran peserta perlulah dilakukan sebelum 10 Oktober 2024 oleh negeri masing-masing. Sekiranya tiada pengesahan daripada negeri, penyertaan atlet tersebut tidak akan diterima. Pendaftaran untuk Pengurus dan Jurulatih adalah sebelum atau pada 10 Oktober 2024 di MAREOS.

KATEGORI
Kategori bagi kejohanan ini adalah seperti berikut:
1. Recurve lelaki (umur dari 16 dan ke atas) RM
2. Recurve wanita (umur dari 16 dan ke atas) RW
3. Compound lelaki (umur dari 13 dan ke atas) CM
4. Compound wanita (umur dari 13 dan ke atas) CW
5. Barebow lelaki (umur dari 13 dan ke atas) BM
6. Barebow wanita (umur dari 13 dan ke atas) BW

PENYERTAAN
Peserta adalah terpilih daripada ranking kejohanan memanah kebangsaan tahun 2024. 32 atlet terbaik dari setiap kategori akan dipilih untuk mengikuti kejohanan ini. Senarai atlet adalah seperti dilampirkan. Setiap Negeri perlu membuat pengesahan penyertaan atlet-atlet tersebut sebelum atau pada 10 Oktober 2024. Sekiranya tiada pengesahan daripada negeri, penyertaan atlet tersebut tidak akan diterima. Pendaftaran untuk Pengurus dan Jurulatih adalah tersebut sebelum atau pada 10 Oktober 2024 di MAREOS.

Setiap peserta haruslah didaftarkan atas nama pasukan negeri masing-masing. Selain daripada pasukan negeri, ATM, PDRM dan MASUM, pasukan projek khas NAAM/ MSNM sahaja akan dibenarkan masuk (jika ada).

Bagi atlet-atlet dibawah program Podium, Pelapis Kebangsaan dan PARA Malaysia, keutamaan adalah mewakili negeri masing-masing. Sekiranya negeri atlet-atlet ini tidak menyenaraikan nama mereka untuk mewakili negeri, secara automatik mereka akan mewakili program masing-masing.

YURAN
Yuran penyertaan adalah seperti berikut
Pemanah : RM150.00/orang
Pegawai (Pengurus/ Jurulatih) : RM50.00/orang

JARAK DIPERTANDINGKAN
Jarak yang akan dipertandingan adalah:
Recurve: 70m Rounds
Compound & Barebow: 50m Rounds

Individu: 1/16 rounds
Target Face yang akan diguna pakai adalah:
Recurve & Barebow : Outdoor 122cm Face (1 – X)
Compound : Outdoor 80cm Face 6 rings (5 – X)

PENGINAPAN
Pihak penganjur tidak menyediakan penginapan. Segala urusan adalah di bawah tanggungjawab pasukan masing-masing.

GANTI RUGI
Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia dan Jawatankuasa Pengelola Pertandingan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang mungkin berlaku kepada manamana atlet dan pegawai semasa kejohanan ini berlangsung termasuklah perjalanan dari rumah/tempat pertandingan/ rumah.

Details

Start:
October 17
End:
October 20
Event Category:

Venue

Kompleks Sukan MSN Nilai
Persiaran Perbandaran
Nilai, Negeri Sembilan 71800
+ Google Map

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist