MSSM 2018: MSS SELANGOR DINOBATKAN JUARA KESELURUHAN

0
74
selngor juara keseluruhan memanah mssm 2018
Memanah MSSM 2018: MSS Selangor Juara Keseluruhan

logo mssmPasukan Memanah MSS Selangor telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan buat kali ke-3 berturut-turut. Pencapaian tahun ini lebih cemerlang berbanding dua tahun sebelumnya. Mengumpul 14 emas 12 Perak dan 13 pingat gangsa, jauh mendahului pencabar terdekat Negeri Sembilan. Kejohanan Memanah MSSM 2018 telah melabuhkan tirainya petang tadi. Kejohanan yang berlansung di HUSM, Kubang Kerian, Kelantan turut menyaksikan banyak rekod baru kejohanan dicipta. Kualiti permainan jelas semakin meningkat dan ini memberi harapan kepada lahirnya barisan pemanah kebangsaan generasi baru yang lebih mantap di masa akan datang.

Dengan berakhirnya kejohanan memanah MSSM bagi tahun 2108, misi mempertahankan kejuaraan bagi tahun 2019 telah bermula. Selangor dijangka bakal menampilkan barisan pemanah yang lebih mantap pada tahun hadapan berikutan beberapa pemanah telah melepasi had umur dan memasuki kategori yang lebih tinggi.

Sekalung Tahniah buat Pasukan Memanah MSS Selangor 2018!

Pungutan Mata Keseluruhan bagi Kejohanan Memanah MSSM 2018
Pungutan Mata Keseluruhan bagi Kejohanan Memanah MSSM 2018

Leave a Reply