Pengorbanan dan kejayaan cemerlang Nurul Azreena sepanjang tahun 2017 dihargai oleh Jabatan Pelajaran Negeri Selangor apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Tunas Harapan (Perempuan) 2017 di Majlis Anugerah Kecemerlangan Sukan Majlis Sukan Sekolah Selangor petang tadi.

6 pingat emas dan satu perak, beserta 3 rekod individu kejohanan dan satu rekod kejohanan berpasukan di Sukan Memanah MSSM pada bulan Ogos 2017 memboleh beliau menjadi penerima anugerah tersebut.

Bagi Azreena kejayaan beliau disokong oleh guru-guru pemanah, rakan seperjuangan dan para ibubapa yang tidak pernah berhenti memberi tunjuk ajar dan sokongan kepada beliau.

Beliau yang kini mewakili skuad MSN Negeri Selangor, juga mewakili skuad Petaling Utama di peringkat MSSS dan kelab SASAr. Beliau juga tersenarai di dalam skuad pemilihan SUKMA 2018. Semoga hasrat beliau untuk bermain diperingkat SUKMA 2018 menjadi kenyataan.

Beliau merakamkan penghargaan beliau kepada Cikgu Nurul Amalia (Sek Kebangsaan Kampung Tunku), Cikgu Wan (SMK BU), Encik Rosman, Coach Amran, Coach Atiqah, SirF (Cikgu Firdaus dari Team SASAR), Coach Danial Misban (Team SASAR), Mejar Amir (SELAR), Coach Jumali, Cikgu Khairul (Guru Besar SKKT), Encik Zainuddin (Mantan Guru Besar SKKT & kini di PPD Petaling Utama). Mereka inilah diantara orang yang telah membawa Nurul Azreena ke tahap sekarang. Tidak dilupakan juga kepada rakan seperjuangan beliau semasa di SKKT, rakan sepasukan di Petaling Utama, rakan sepasukan di SASAr dan pasukan memanah USPTN Selangor, MSN Selangor dan MSSM Selangor. Terimakasih juga dirakamkan kepada Puan Hajah Misliah bt Kulop (Pengetua SMK (P) Sri Aman), Dr Teh Lah Hoong (Penolong Kanan HEM), Puan Suhafna (Penolong Kanan Kokurikulum) dan Puan Azira (Guru Memanah) diatas sokongan yang diberikan.

 

Leave a Reply