Pemanah Kampung Tunku Archery, Nurul Azreena, pelajar Tingkatan 1 SMK (Perempuan) Sri Aman, Petaling Jaya telah mencatatkan keputusan mengejutkan apabila menjuarai acara Recurve Olympic Round U15 Perempuan menewaskan pemanah pilihan Fya Arissa bt Baharom dari SMKSP, yang juga pemanah skuad MSSM Negeri Sembilan 6-4.

Diperingkat separuh akhir Azreena telah menewaskan seorang lagi pemanah pilihan, wakil MSSM Negeri Sembilan, Aina Nuraina bt Kamarulzaman dari SMKKBSR dengan keputusan 6-2. Diperingkat suku akhir Azreena telah menewaskan Irdina Hatta, pemenang pingat emas Olympic Round U15 di Kejohanan Memanah Terbuka Peringkat Kebangsaan SBT & BJ Wolfpack 2017 yang baru berakhir minggu lepas.

Azreena turut menyumbang perak buat skuad Petaling Utama apabila menduduki tempat ke-2 keseluruhan bagi Peringkat Kelayakan Recurve U15 Perempuan, dibelakang Fya Arissa bt Baharom. Tempat ke-3 dimenangi oleh Aina Nuraini bt Kamrulzaman

 

Leave a Reply