
Sukacita dimaklumkan Persatuan Memanah Daerah Hulu Langat (HLA) dengan kerjasama Persatuan Memanah Selangor (SELAR) dan Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS); akan menganjurkan KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA HULU LANGAT 2022 mengikut tentatif seperti berikut:
- Tarikh: 07 hingga 12 JUN 2022
- Lokasi: Kompleks Sukan MPKj, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.
Sehubungan dengan ini, pihak Persatuan Memanah Daerah Hulu Langat (HLA) menjemput pasukan-pasukan berminat untuk turut menyertai kejohanan ini.
MAKLUMAT KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA HULU LANGAT 2022
TARIKH: 7 – 12 JUN 2022
LOKASI : Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi
Maklumat Am
- Nama Kejohanan: KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA HULU LANGAT 2022
- Penganjur: Persatuan Memanah Daerah Hulu Langat (HLA).
- Dengan kerjasama: Persatuan Memanah Selangor (SELAR); dan, Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS).
- Tarikh: 07 hingga 12 Jun 2022.
- Lokasi Kejohanan: Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.
Kategori dan Format Kejohanan
Jadual Tentatif Kejohanan (tertakluk kepada perubahan):
SOP COVID-19 (Protokol dan SOP COVID-19 adalah seperti dilampirkan):
- Hanya Warganegara Malaysia yang lengkap 2 dos vaksin sahaja dibenarkan menyertai kejohanan ini.
- Bagi atlet di bawah 12 tahun yang masih belum menerima sebarang vaksin, ibubapa/penjaga diwajibkan mengisi Surat Kebenaran seperti dilampirkan dan e-mail ke dahlia.mohlisi@gmail.com sebelum 01 Jun 2022.
YURAN
- Yuran Pengurus/Jurulatih: RM30.00
- Kategori Bawah 12 & 15 tahun: RM100.00
- Kategori Terbuka – Recurve, Compound & Barebow: RM120.00
- Makanan dan penginapan adalah atas tanggungan sendiri.
Tarikh Tutup
- Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 01 Jun 2022 ATAU tempat telah penuh (yang mana terlebih dahulu).
- Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Dahlia Mohlisi dinombor 019-3202321.