Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu surat kepada Setiausaha Kehormat Persatuan Memanah Selangor (SELAR) telah mengalu-alukan kerjasama diantara KPM dan SELAR dalam pembangunan sukan di Malaysia.
Sehubungan itu tiada halangan kepada pelajar sekolah seluruh negara untuk menyertai pertandingan memanah Selangor International Archery Championship 2020 yang dijadualkan berlangsung dari 28hb Januari sehingga 2hb Februari 2020.
Sokongan KPM dijangka akan menarik lebih ramai pelajar menyertai kejohanan kali ini.
Maklumat kejohanan boleh diperolehi disini
Berikut adalah surat kebenaran daripada KPM
KPM - Selar