BJ WOLFPACK CUP II 1/2019 KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA SBT – SELANGOR CILIK PERINGKAT KEBANGSAAN

BJ WOLFPACK II/2019

0
424
SELANGOR CILIX & bj wolfpack cup ii/2019

bj wolfpack logoBJ WOLFPACK CUP II 1/2019
KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA SBT –
SELANGOR CILIK PERINGKAT KEBANGSAAN 2019
(BAWAH 8,10 & 12 TAHUN)


 

SK Bukit Jelutong akan mengadakan Kejohanan Memanah Sekolah SBT dan Terbuka BJ Wolfpack Cup seperti berikut:

Tarikh : 28 hingga 31 Mac 2019
Tempat : SMK Shah Alam, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor
Pendaftaran : 2.00 – 4.00 petang (28 Mac 2019)
Mesyuarat Pengurus : 5.00 petang (28 Mac 2019)


MAKLUMAT KEJOHANAN

Yuran penyertaan ialah RM120.00 bagi setiap seorang peserta tidak termasuk penginapan dan makanan. Bayaran yuran penyertaan hendaklah dibuat melalui cek atas nama PIBG SK Bukit Jelutong 12038010111615 BANK ISLAM sebelum atau pada 08 Mac 2019.

Semua borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan melalui emel kejohanan [email protected] atau difakskan ke 03-78459458 sebelum atau pada 08 Mac 2019.

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN 8HB MAC 2019

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan sila hubungi En Mohd Rohaizi bin Seman 013-2548183 (Pengurus Kejohanan).


UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang ‘World Archery’ (WA) dan Peraturan-Peraturan Am MSSM.

JENIS PERTANDINGAN

  • Double 10m, 20m dan 30m Lelaki/Perempuan B8 (1 pusingan), B10 & B12
  • Olympic Individu Terbuka B12, B10 & B8
  • Olympic Kumpulan Terbuka B12, B10 dan B8

Olympic Individu

  • Pemanah lelaki dan pemanah perempuan di kedudukan 32 keatas akan bertanding dalam Olimpic Individu

Acara Berpasukan

  • Setiap pasukan dibenarkan menghantar hanya empat (4) orang peserta lelaki dan empat (4) orang peserta wanita dalam acara berpasukan.
  • Setiap pasukan terdiri daripada empat (4) orang peserta. Jumlah mata tertinggi bagi tiga (3) orang peserta adalah dikira pemenang.
  • Pasukan yang menghantar kurang dari tiga (3) peserta tidak layak menyertai acara berpasukan.
  • Tiada had penyertaan untuk jumlah pasukan yang mewakili sesebuah sekolah, kelab atau organisasi.

SISTEM PERTANDINGAN

  • Setiap peserta diwajibkan memanah jarak yang dipertandingkan sebanyak tiga puluh enam (36) anak panah bagi dua pusingan/round yang berjumlah tujuh puluh dua (72) anak panah keseluruhan. Peserta / Pasukan yang mendapat mata tertinggi akan dikira pemenang.
  • Peserta untuk kategori bawah 8 hanya akan memanah sebanyak tiga puluh enam (36) anak panah bagi jarak yang dipertandingkan

PENDAFTARAN PEMAIN/PEMBENTUKAN PASUKAN

  • Setiap peserta dikenakan bayaran sebanyak RM120.00 seorang.
  • RM100.00 jika pendaftaran sebelum 8 Mac 2019.
  • RM40.00 untuk jurulatih yang ingin bersama di garisan menunggu.

Muat turun Surat Jemputan dan Peraturan