3 pemanah baru compound sertai sesi pemilihan di Bukit Jalil

Turut dipanggil ke Bukit Jalil ialah jurulatih compound, Adnan Ahmad

0
160
compound malaysia 2018

Bapa kepada 10 anak adalah antara tiga pemanah baru yang dipanggil menyertai sesi pemilihan skuad negara bagi menghadapi musim 2019, sekali gus berpotensi menggantikan trio compound yang telah meninggalkan pasukan kebangsaan.

Tiga pemanah baru menyertai sesi pemilihan di Bukit Jalil untuk membentuk skuad compound kebangsaan.

Ia susulan penarikan diri trio emas negara, Mohd Juwaidi Mazuki, Zulfadli Ruslan dan Lee Kin Lip selepas meraih pingat gangsa Sukan Asia Indonesia 2018.

Turut dipanggil ke Bukit Jalil ialah jurulatih compound, Adnan Ahmad, untuk mengisi jawatan yang dikosongkan Mohd Zaki Mahazan, tahun lalu.

“Kami akan menilai kebolehan pemanah terpilih yang akan diserap masuk ke dalam skuad kebangsaan,” kata Adnan.

“Tiga atlet negara yang menarik diri daripada skuad kebangsaan dianggap sebagai legenda kerana mereka telah bersaing di peringkat tertinggi. Saya mahu berusaha untuk mencapai tahap yang sama seperti mereka,” kata pemanah compound negara, Wong Cho Wan.

Trio compound negara berkenaan meninggalkan Bukit Jalil kerana mahu fokus terhadap perniagaan mereka di Melaka.

Bagaimanapun, tindakan mereka itu dilihat ada kaitan dengan rasa tidak puas hati selepas ditawarkan elaun RM500 kerana mereka memilih berlatih secara separuh masa.