Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) akan menganjurkan bengkel seperti berikut:

BENGKEL KEJURULATIHAN MEMANAH LANJUTAN SIRI 1/2019 (ZON UTARA)

  1. Penglibatan: Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak
  2. Tarikh: 23 dan 24 FEBRUARI 2019
  3. Lokasi: Alor Star, Kedah (tempat bengkel akan dimaklumkan kemudian).
  4. Fasilitator : Coach Lee Jae Hyung. Ketua Jurulatih Kebangsaan/ Pengarah Teknikal Kejurulatihan Memanah

Bengkel ini akan dikendalikan oleh Ketua Jurulatih Kebangsaan, Coach Lee Jae Hyung. Tujuan bengkel ini adalah untuk menyampaikan kehendak jurulatih memanah kebangsaan agar dapat diterap dan diseragamkan dengan pelatih-pelatih Negeri.

Bengkel Kejurulatihan Memanah Siri 1/2019 ini akan hanya melibatkan Ahli-ahli Gabungan di Zon Utara sahaja (Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak). Sehubungan dengan ini, kami ingin menjemput Ahli-ahli Gabungan yang terbabit untuk mencalonkan sekurang-kurangnya sepuluh (10) orang jurulatih peringkat Negeri untuk menghadiri kursus ini.

Surat Jemputan, Maklumat Bengkel – Jadual dan Borang Pendaftaran boleh dimuat turun di sini. Sila e-mel borang yang lengkap ke alamat e-mel, [email protected], [email protected] atau [email protected] sebelum atau pada 19 Februari 2019.

Download File