Kejohanan Memanah Kebangsaan SBT Sirkit Pertama 2018

 

SK Bukit Jelutong akan mengadakan Kejohanan Memanah Kebangsaan SBT Sirkit Pertama 2018 seperti berikut:
Tarikh : 23 hingga 27 Julai 2018
Tempat : SMK Shah Alam, Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor
Pendaftaran : Pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Mesyuarat Pengurus : Pukul 10.00 pagi (23 Julai 2018)

Yuran penyertaan:

  • RM120.00 bagi setiap seorang peserta
  • RM50.00 untuk guru
    Kos penginapan dan makanan adalah tanggungan sendiri

Bayaran yuran penyertaan hendaklah dibuat melalui cek atas nama PIBG SK Bukit Jelutong (No Akaun: 12038010111615 BANK ISLAM) sebelum atau pada 16 Julai 2018.

Semua borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan melalui emel kejohanan skbjarcheryclub@gmail.com atau difakskan ke 03-78459458 sebelum atau pada 16 Julai 2018.

Sebarang pertanyaan sila hubungi En Mohd Rohaizi bin Seman 013-2548183 (Pengurus Kejohanan).

SISTEM PERTANDINGAN
DOUBLE WA 30 METER dan 20 METER
Setiap peserta dikehendaki memanah sebanyak 72 batang anak panah pada jarak 30 METER dan 20 METER dengan Target Face berukuran 122 cm.

OLYMPIC ROUND
Ranking adalah berdasarkan DOUBLE WA ROUND 30 meter dan 20 meter

Penyertaan terbuka kepada semua murid-murid Sekolah Berprestasi Tinggi

  • Berumur 12 tahun dan ke bawah.
  • Kejohanan Memanah ini diadakan secara SINGLE FITA 30 METER & 20 METER DAN OLYMPIC ROUND 30 METER & 20 METER (TARGET FACE 122 CM)
  • Kejohanan ini dijalankan secara individu dan berpasukan.
  • Satu pasukan tidak kurang dari 3 orang pemanah.

 

Leave a Reply