REKOD KEBANGSAAN COMPOUND MEN 90M DIPERBAHARUI

0
486

Atlit memanah Compound Negeri Selangor, Syahrizan Jafar, telah berjaya memperbaiki rekod kebangsaan bagi bagi kategori Compound Men 90m di Sirkit Kebangsaan Siri 1/2018 yang sedang berlangsung di Melaka. Beliau mencatat 343 mata, satu mata mengatasi rekod lama yang dicatatkan oleh Mohd Zaki Mahazan dari ATM di 2nd National Circuit pada tahun 2012.

Sirkit Kebangsaan Siri 1/2018 ini bermula semalam dan dijangka berakhir pada 25hb Jun 2018. Format pertandingan adalah berdasarkan Format FITA (empat jarak).

Bagi mendapat keputusan rasmi kejohanan sila layari http://ianseo.net.

Leave a Reply