TAKWIM MEMANAH / ARCHERY EVENTS
Memaparkan senarai takwim kejohanan memanah yang bakal berlangsung. Turut memaparkan kursus memanah, kejurulatihan, kehakiman dan yang berkaitan dengan sukan memanah di seluruh negara.
Sekiranya anda ingin memaklumkan tentang kejohanan atau kursus berkaitan memanah yang berlansung di tempat anda, sila klik di “Create an Event” untuk menyiarkan maklumat kejohanan atau kursus tersebut.
Kursus Asas Kejurulatihan Memanah
KajangPersatuan Memanah Daerah Hulu Langat (PMDHL) akan menganjurkan Kursus Asas Kejurulatihan Memanah pada 03 & 04 April 2021 di Kajang. Program ini disokong oleh SELAR dan NAAM
Kursus Asas Undang-Undang & Keselamatan Sukan Memanah
Google MeetPendaftaran dibuka untuk Kursus Asas Undang-undang & Keselamatan Sukan Memanah anjuran Persatuan Memanah Daerah Hulu Langat dengan kerjasama Persatuan Memanah Selangor - SELAR dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia - NAAM
Kejohanan Memanah Selangor Juniors – Hulu Langat Archery (HLA) Siri 1/2022
Persatuan Memanah Daerah Hulu Langat (HLA) dengan kerjasama Persatuan Memanah Selangor (SELAR) dan Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS); akan menganjurkan Kejohanan Memanah Selangor Juniors – Hulu Langat Archery (HLA) Siri 1/2022 mengikut tentatif seperti berikut: Tarikh: 03-06 Mac 2022 Lokasi Kejohanan: Stadium MPKj, Bandar Baru Bangi ATAU Stadium UNITEN, Bandar Baru Bangi (lokasi sebenar akan […]
Hulu Langat Open Archery Championship 2022
Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang Seksyen 15, Bandar Baru BangiPersatuan Memanah Daerah Hulu Langat (HLA) dengan kerjasama Persatuan Memanah Selangor (SELAR) dan Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS); akan menganjurkan KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA HULU LANGAT 2022 pada 07 hingga 12 Jun 2022 bertempat di Kompleks Sukan MPKj, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.