TAKWIM MEMANAH / ARCHERY EVENTS
Memaparkan senarai takwim kejohanan memanah yang bakal berlangsung. Turut memaparkan kursus memanah, kejurulatihan, kehakiman dan yang berkaitan dengan sukan memanah di seluruh negara.
Sekiranya anda ingin memaklumkan tentang kejohanan atau kursus berkaitan memanah yang berlansung di tempat anda, sila klik di “Create an Event” untuk menyiarkan maklumat kejohanan atau kursus tersebut.

Hulu Langat Open Archery Championship 2022
June 7 - June 12

Sukacita dimaklumkan Persatuan Memanah Daerah Hulu Langat (HLA) dengan kerjasama Persatuan Memanah Selangor (SELAR) dan Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS); akan menganjurkan KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA HULU LANGAT 2022 mengikut tentatif seperti berikut:
- Tarikh: 07 hingga 12 JUN 2022
- Lokasi: Kompleks Sukan MPKj, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi.
Sehubungan dengan ini, pihak Persatuan Memanah Daerah Hulu Langat (HLA) menjemput pasukan-pasukan berminat untuk turut menyertai kejohanan ini.
MAKLUMAT KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA HULU LANGAT 2022
Maklumat Am
- Nama Kejohanan: KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA HULU LANGAT 2022
- Penganjur: Persatuan Memanah Daerah Hulu Langat (HLA).
- Dengan kerjasama: Persatuan Memanah Selangor (SELAR); dan, Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS).
- Tarikh: 07 hingga 12 Jun 2022.
- Lokasi Kejohanan: Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi
Kategori dan Format Kejohanan
Jadual Tentatif Kejohanan (tertakluk kepada perubahan):
SOP COVID-19 (Protokol dan SOP COVID-19 adalah seperti dilampirkan):
- Hanya Warganegara Malaysia yang lengkap 2 dos vaksin sahaja dibenarkan menyertai kejohanan ini.
- Bagi atlet di bawah 12 tahun yang masih belum menerima sebarang vaksin, ibubapa/penjaga diwajibkan mengisi Surat Kebenaran seperti dilampirkan dan e-mail ke dahlia.mohlisi@gmail.com sebelum 01 Jun 2022.
YURAN
- Yuran Pengurus/Jurulatih: RM30.00
- Kategori Bawah 12 & 15 tahun: RM100.00
- Kategori Terbuka – Recurve, Compound & Barebow: RM120.00
- Makanan dan penginapan adalah atas tanggungan sendiri.
Tarikh Tutup
- Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 01 Jun 2022 ATAU tempat telah penuh (yang mana terlebih dahulu).
- Sekiranya ada sebarang pertanyaan, sila hubungi Puan Dahlia Mohlisi dinombor 019-3202321.
- Surat Jemputan Kejohanan/Surat Kebenaran Ibubapa
- Surat Kebenaran IbuBapa/Penjaga
- Borang Penyertaan bagi Kategori Recurve Bawah 12 & 15 tahun
- Borang Penyertaan dan Bayaran bagi Kategori Barebow, Compound dan Recurve Terbuka