TAKWIM MEMANAH / ARCHERY EVENTS
Memaparkan senarai takwim kejohanan memanah yang bakal berlangsung. Turut memaparkan kursus memanah, kejurulatihan, kehakiman dan yang berkaitan dengan sukan memanah di seluruh negara.

Kejohanan Memanah Kebangsaan Bawah 12 & 15 Tahun 2024 Siri 1
Persatuan Memanah Negeri Pahang dangen kerjasama Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Memanah Kebangsaan Bawah 12 & 15 Tahun 2024 Siri 1 pada dan tempat seperti berikut:
Tarikh: 24 hingga Mei 2024
Tempat: Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS)

TARIKH-TARIKH PENTING
Tarikh mula pendafataran: 5 April 2024
Tarikh akhir pendaftaran: 10 Mei 2024
Tarikh akhir bayaran: 24 Mei 2024
Mesyuarat Pengurus Pasukan: 24 Mei 2024
Tarikh Kejohanan: 24 – 26 Mei 2024
TENTATIF PROGRAM (TIDAK RASMI)
Tempat Pertandingan: Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UniPSAS)
24/05/2024 (JUMAAT)
1430 Latihan Rasmi, Pengesahan Pendafataran & Pembayaran Yuran
1500 Mesyuarat Pengurus Pasukan
1600 Pemeriksaan Peralatan
25/05/2024 (SABTU)
0830 Pusingan 50m x 2 bawah 15 tahun
1430 Pusingan 30m x 2 bawah 12 tahun
26/05/2024 (AHAD)
0830 Pusingan 30m x 2 bawah 15 tahun
1400 Pusingan 20m x 2 bawah 12 tahun
PENDAFTARAN
Semua pendaftaran peserta (pengurus, jurulatih dan atlet) hendaklah didaftarkan melalui Malaysia Archery Results & Entry Online System (MAREOS). Tiada pendaftaran secara manual yang diterima. Ahli gabungan perlu daftar masuk di MAREOS melalui https://mareos.masarchery.org/ dengan menggunakan alamat email dan kata laluan yang telah ditetapakan oleh NAAM. Selepas daftar masuk, pilih kejohanan yang ingin didaftarkan.
Hubungi pihak NAAM (events@masarchery.org) jika ada sebarang pertanyaan ataupun memerlukan bantuan mengenai MAREOS. Untuk pertanyaan selain daripada MAREOS sila hubungi pihak penganjur.
KATEGORI
Kategori bagi kejohanan ini adalah seperti berikut:
1. Recurve lelaki bawah 15 tahun (umur dari 13 hingga 15 tahun) RU15B
2. Recurve wanita bawah 15 tahun (umur dari 13 hingga 15 tahun) RU15G
3. Recurve lelaki bawah 12 tahun (umur dari 10 hingga 12 tahun) RU12B
4. Recurve wanita bawah 12 tahun (umur dari 10 hingga 12 tahun) RU12G
PENYERTAAN
Penyertaan bagi kejohanan ini adalah terhad. Setiap pasukan boleh menghantar 32 orang atlet (8 RU15B, 8 RU15G, 8 RU12B, 8 RU12G). Setiap peserta haruslah didaftarkan atas nama pasukan negeri masing-masing. Selain daripada pasukan negeri, ATM, PDRM dan MASUM, pasukan projek khas NAAM/ MSNM sahaja akan dibenarkan masuk (jika ada).
Pendaftaran lewat (selepas Tarikh tutup) atau pertukaran (selepas tarikh tutup) akan didenda mengikut kadar yang telah ditetapkan dan penganjur mempunyai hak untuk tidak menerima.
PERATURAN
Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang World Archery dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia.
Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirnya, maka undang-undang World Archery yang terkini akan dipatuhi.
Kejdian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:
- Sebarang kejadian akan diputus berasaskan kepada Peraturan Pertandingan Memanah Kebangsaan Bawah 12 dan 15 Tahun.
- Sebarang perselisihan tekinikal akan diputus berasaskan kepada Undang-undang World Archery dan Pertandingan Memanah Kebangsaan Bawah 12 dan 15 Tahun.
- Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankausa Teknikal dan Pertandingan Kejohanan adalah muktamad.
- Hanya Pengurus Pasukan sahaja dibenarkan membuat bantahan. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja).
- Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu ditolak atau didapati tidak wajar.
- Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Pengurus Pertandingan dalam masa 15 minit selepas keputusan diumumkan.
- Jarak yang akan dipertandingan adalah:
Bawah 15 tahun : Pusingan 1440 rounds (50m x 2 + 30m x 2)
Bawah 12 tahun : Pusingan 1440 rounds (30m x 2 + 20m x 2)
Target Face yang akan diguna pakai bagi semua jarak adalah 80cm 6 rings (5 – X).
YURAN
Yuran penyertaan adalah seperti berikut
Pemanah: RM100.00/orang
Pegawai (Pengurus/Jurulatih) : RM50.00/orang
Kadar denda/penalti pendaftaran lewat/ pertukaran adalah sebanyak RM50.00/orang.
GANTI RUGI
Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia dan Jawatankuasa Pengelola Pertandingan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang mungkin berlaku kepada manamana atlet dan pegawai semasa kejohanan ini berlangsung termasuklah perjalanan dari rumah/tempat pertandingan/rumah.




