Dua rekod baru kebangsaan berjaya dicipta di Yecheon 2024 World Cup Archery Stage 2, Korea Selatan.
Pemanah utama negara, Ariana Nur Dania binti Mohamad Zairi meneruskan penguasaannya bagi kategori Recurve Wanita, apabila berjaya memperbaharui rekod kebangsaan bagi acara Recurve Wanita 70m – 72 arrows. Rekod baru, 656 dicipta di Kejohanan Yecheon 2024 World Cup Archery Stage 2, Korea Selatan mengatasi rekod lama 653 mata yang dicipta oleh Nur Aliya Ghapar pada tahun 2019.
Rekod kedua yang dipecahkan adalah rekod Berpasukan Wanita – 216 Arrows apabila trio negara, Ariana Nur Dania Mohamad Zairi, Syaqiera Mashayikh dan Nurul Azreena Mohamad Fazil mencatatkan 1934 mata, mengatasi rekod lama 1900 mata yang dicipta pada tahun 2023 di Kejohanan Memanah Dunia Antalya 2023 Hyundai Archery World Cup Stage 1.