Gandingan tidak asing lagi buat pasukan Malaysia dalam acara Berpasukan Campuran Compound, Mohd Juwaidi Mazuki dan Fatin Nurfatehah Mat Salleh telah memecahkan rekod kebangsaan berusia 8 tahun di 2023 Asia Cup-World Ranking Tournament, Stage III yang sedang berlangsung di Singapura dari 5 hingga 10 Jun 2023. Rekod lama juga adalah milik pasangan yang sama. Rekod baru yang tercipta adalah 158 manakala rekod lama adalah 157 dicipta pada tahun 2015 di Sukan SEA 28 juga di Singapura.
Rekod baru dicipta ketika Malaysia bertemu dengan pasangan Korea Selatan di pusingan separuh akhir. Pasangan utama Malaysia, Mohd Juwaidi Mazuki dan Fatin Nurfatehah Mat Salleh, berjaya menewaskan pasangan Korea dengan 158 berbalas 155. Pasangan ini akan menentang pasangan daripada Singapura iaitu Contessa Loh dan Ying Eer Jiang pada penentuan pingat emas pada keesokan hari.
Hari ini juga menyaksikan gandingan Khairul Anuar dan Ku Nurin dalam acara Berpasukan Campuran Recurve berjaya ke pusingan akhir selepas mendapat BYE di pusingan 1/8, menewaskan Indonesia 6 – 2 di pusingan suku akhir dan menewaskan Korea Selatan 5 – 1 di separuh akhir.
Pasukan berpasukan campuran recurve negara akan bertemu dengan pasangan China iaitu An Qixuan dan Qi Xiangshuo di perlawanan akhir esok.
AKSI ATLET NEGARA DI PENENTUAN PINGAT; 10 JUN 2023, SABTU (waktu tempatan).
Saksikan perlawanan akhir di saluran rasmi Youtube World Archery – https://www.youtube.com/watch?v=_HeQFTneSjg
09:20-09:45
Bronze: Compound Men Team
Malaysia (MAS) – (IRI) IR Iran
10:30-10:50
Gold: Compound Mixed Team
Malaysia (MAS) – (SGP) Singapore
14:30-14:50
Gold: Recurve Mixed Team
PR China (CHN) – (MAS) Malaysia
16:15-16:30
Gold: Compound Men
PALIZBAN Mohammadsaleh (IRI) – (MAS) MAZUKI Mohd Juwaidi