• Login
Archery Malaysia
  • HOME
  • INFORMATION
    • National & State Association
    • AJK SELAR
    • Local Archery Club
    • Basic Guide to Archery Equipment
    • Types of Archery
  • COACHING & JUDGES
    • Judging Resources
  • VIDEO
    • All
    • Archery Lessons
    • Equipment Review
    • Tournament
    • World Archery
    Syaqiera Mashayikh v Diya Siddique – Recurve Women Bronze | 2023 Asia Cup

    Syaqiera Mashayikh v Diya Siddique – Recurve Women Bronze | 2023 Asia Cup

    Chinese Taipei v Malaysia – Recurve Women Team Gold | 2023 Asia Cup

    Chinese Taipei v Malaysia – Recurve Women Team Gold | 2023 Asia Cup

    Malaysia v India – Compound Men Gold | 2023 Asia Cup

    Malaysia v India – Compound Men Gold | 2023 Asia Cup

    2023 Bowtech SS34 Bow Review by Mike’s Archery

    2023 Bowtech SS34 Bow Review by Mike’s Archery

    Compound archer So Chaewon

    Archery is a Full-time Job in Korea

    South Korea's archery invincibility explained

    South Korea’s Archery Invincibility Explained

    Recurve finals | Guatemala City 2021 Hyundai Archery World Cup stage 1

    Recurve Finals | Guatemala City 2021 Hyundai Archery World Cup Stage 1

    Sembang Santai: 1 Tahun Tanpa Pertandingan Kompetetif. 2021, Adakah Kembali Bersinar?

    Sembang Santai: 1 Tahun Tanpa Pertandingan Kompetetif. 2021, Adakah Kembali Bersinar?

    Korean Team Builds Olympic Stadium Replica to Train for Tokyo 2020

    Korean Team Builds Olympic Stadium Replica to Train for Tokyo 2020

    Trending Tags

    • EVENTS
    • RECORD HOLDER
      • National Record
      • SUKMA Record
    No Result
    View All Result
    • HOME
    • INFORMATION
      • National & State Association
      • AJK SELAR
      • Local Archery Club
      • Basic Guide to Archery Equipment
      • Types of Archery
    • COACHING & JUDGES
      • Judging Resources
    • VIDEO
      • All
      • Archery Lessons
      • Equipment Review
      • Tournament
      • World Archery
      Syaqiera Mashayikh v Diya Siddique – Recurve Women Bronze | 2023 Asia Cup

      Syaqiera Mashayikh v Diya Siddique – Recurve Women Bronze | 2023 Asia Cup

      Chinese Taipei v Malaysia – Recurve Women Team Gold | 2023 Asia Cup

      Chinese Taipei v Malaysia – Recurve Women Team Gold | 2023 Asia Cup

      Malaysia v India – Compound Men Gold | 2023 Asia Cup

      Malaysia v India – Compound Men Gold | 2023 Asia Cup

      2023 Bowtech SS34 Bow Review by Mike’s Archery

      2023 Bowtech SS34 Bow Review by Mike’s Archery

      Compound archer So Chaewon

      Archery is a Full-time Job in Korea

      South Korea's archery invincibility explained

      South Korea’s Archery Invincibility Explained

      Recurve finals | Guatemala City 2021 Hyundai Archery World Cup stage 1

      Recurve Finals | Guatemala City 2021 Hyundai Archery World Cup Stage 1

      Sembang Santai: 1 Tahun Tanpa Pertandingan Kompetetif. 2021, Adakah Kembali Bersinar?

      Sembang Santai: 1 Tahun Tanpa Pertandingan Kompetetif. 2021, Adakah Kembali Bersinar?

      Korean Team Builds Olympic Stadium Replica to Train for Tokyo 2020

      Korean Team Builds Olympic Stadium Replica to Train for Tokyo 2020

      Trending Tags

      • EVENTS
      • RECORD HOLDER
        • National Record
        • SUKMA Record
      No Result
      View All Result
      Archery Malaysia
      No Result
      View All Result
      Home Commentary

      Sukan Olahraga: Jangan Persiakan Potensi Azeem

      Ramai pegawai sukan yang mahu kejayaan pintas dan tidak tengok ‘the big picture’ hanya kerana KPI dan imej peribadi. Apa lagi kalau pegawai sukan juga ahli politik,’ kata seorang bekas wartawan

      79 Views
      4 months ago
      0
      0
      Share
      Facebook Twitter Google+ Pinterest Linked In WhatsApp E-mail
        mfazil mfazil
        Subscriber

        Dia digelar pelari pecut sensasi negara, berdasarkan persembahan sensasi atas trek olahraga. Saya bercakap mengenai Muhammad Azeem Mohd Fahmi. Bolehkah dia digelar Raja Pecut? Boleh, malah bukan sahaja di Malaysia. “But let’s not rush things”dan letak dia bawah segala macam tekanan.

        Azeem antara pelari pecut terkemuka Asia Tenggara dan ditempatkan di ranking keempat Asia. Pada 4 Jan lalu, olahragawan kelahiran Perak ini berpindah ke Amerika Syarikat untuk berlatih dan belajar di Universiti Auburn di Alabama. Dia diberi tempat setelah mendapat perhatian “talent scouts” di kejohanan remaja dunia di Cali, Colombia pada Ogos lalu. Pencapaian hebat.

        Sejak pindah dia sudah dua kali pecahkan rekod kebangsaan 60 meter larian tertutup. Nampaknya “everything is on track” tetapi timbul apa yang saya lihat “masalah”.

        Yang saya maksudkan ialah Persatuan Olahraga Malaysia atau MAF bertekad atau lebih tepat berkeras mahu Azeem bertanding Sukan SEA di Phnom Penh, Kemboja yang dijadual 5-17 Mei ini. Dia mencatat rekod kebangsaan 10.09 saat bagi acara 100 meter dan berdasar prestasi itu dilihat sebagai pelari “favourite” untuk memenangi pingat emas.

        Meskipun mengalami kekangan kewangan, Presiden MAF, Shahidan Kassim, berkata pihaknya sedang membuat perancangan untuk membawa Azeem dari AS ke Kemboja kerana dia ada peluang keemasan untuk menang pingat emas.

        “Kami sasar 10 pingat emas di Phnom Penh. Oleh itu kita memerlukan semua atlet kita yang top untuk mencapai sasaran itu dan Azeem tentunya antara yang diharapkan,” kata beliau dipetik NST pada 12 Feb lalu.

        Tetapi Azeem ada kewajipan kontraktual atau “contractual obligation” di AS. Shahidan sendiri mengakui beliau tahu mengenai isu ini. “Kami tahu Azeem menandatangani kontrak dengan universiti dan tidak boleh ‘travel’ luar AS untuk menyertai kejohanan olahraga.”

        Tetapi kata Shahidan, “kami akan buat permintaan khas kepada pihak universiti dan bawa Azeem ke Sukan SEA.” Di sinilah timbul masalah yang saya kata tadi.

        Selain isu kontrak, kehadiran Azeem di Phnom Penh (jika MAF berjaya memujuk universiti) akan pasti menganggu jadual latihan dan pertandingan Azeem yang sudah diatur di AS. Ini boleh mengganggu rancangan untuk menjadikan Azeem “top sprinter”, paling tidak di Asia.

        Kata seorang rakan, bekas wartawan sukan: “Ketika pelari pecut muda kita yang sedang bersaing dengan atlet terkemuka dunia di AS, Shahidan si politikus mahu Azeem bertanding di Sukan Sea yang standardnya lebih rendah daripada apa yang dapati Azeem di AS hanya untuk kejayaan masa pendek.”

        Saya setuju kerana lebih menguntungkan Azeem kekal di AS berbanding menyertai Sukan SEA. Bukan niat saya memperkecil atau merendah-rendah Sukan SEA. Benar ia pernah menjadi pesta sukan terunggul di Asia Tenggara. Saya sendiri bertuah dapat membuat liputan selaku pemberita sukan. Di situ Marina Chin dan Ishtiaq Mubarak menyinar. Sekadar menyebut dua antara bintang Malaysia zaman kegemilangan sukan negara.

        Waktu itu Sukan SEA selain Sukan Asia (yang lebih hebat) adalah kejohanan yang dinanti-nantikan orang rantau ini. Tetapi dewasa ini Sukan Sea bukan seperti zaman lampau. Banyak negara sekarang menggunakan Sukan SEA untuk atlet harapan masing-masing menimba pengalaman dan bertanding sebagai persediaan bersaing pada peringkat lebih tinggi.

        Benar memang ada atlet hebat bertanding di Sukan Sea zaman ini namun matlamatnya bukan sekadar pingat emas tetapi lebih untuk pengalaman, “exposure”, dan “warm-up”. Matlamatnya seperti disebut tadi kecemerlangan peringkat lebih tinggi. Maaf, Sukan Sea bagai hilang sinar.

        Oleh itu adakah wajar jadual latihan dan pertandingan Azeem di AS ditergendalakan? Semata-mata untuk pingat emas Sukan SEA?

        Kata bekas Raja Pecut Asia Tenggara, Nazmizan Mohamad, dipetik portal The Vibes tempoh hari, Azeem kini berada pada landasan betul untuk mencatat 6.50 saat acara 60 meter. Ini berpandukan momentum yang Azeem ada, katanya. Azeem membuat larian hebat dengan mencatat 6.62 saat di kejohanan Tiger Paw di AS baru-baru ini. Menurut Nazmizan, penyertaan Azeem di banyak kejohanan di AS akan membantu dia meningkat prestasi. Azeem sekarang berusia 18 tahun. Jelas dia punya masa depan cemerlang.

        “Saya yakin Azeem akan terus naik. Dia ada momentum dan keyakinan pun semakin tinggi. Di AS ada banyak kejohanan. Hampir setiap minggu. Jadi ini peluang Azeem improve prestasi, membaiki cara larian, dan mengatasi kelemahan,” kata Nazmizan.

        Saya ulangi. Adakah itu semua mahu ‘dikacau’ hanya untuk pingat emas Sukan SEA? Bagaimana pula soal pembelajarannya di AS?

        Kata seorang lagi bekas wartawan sukan: “Realiti sedih ialah ramai pegawai sukan Malaysia yang mahu kejayaan pintas dan tidak tengok ‘the big picture’ hanya kerana KPI masing-masing dan meningkatkan imej peribadi. Apa lagi kalau pegawai sukan juga ahli politik.”

        Apa lagi yang dapat dikatakan selain mengulangi tajuk artikel ini – jangan persiakan potensi Azeem. Tolonglah.

        Mohsin Abdullah

        Mohsin Abdullah pernah bertugas untuk agensi berita, media cetak, elektronik, dan dalam talian. Beliau menulis mengenai itu ini seperti nasi campur kegemarannya. Penulisannya ibarat durian. Harum bagi sesetengah orang, tidak menyenangkan bagi yang lain.

        Source: FMT
        Category: Commentary

        Related Posts

        Menteri Belia Sukan Hannah Yeoh
        Commentary

        Sports landscape reset needs to start with schools, universities: Hannah

        May 22, 2023
        Youth and Sports Minister Hannah Yeoh urged athletes to be cautious of their interactions on social media platforms
        Commentary

        Hannah Yeoh Advising Athletes to Maintain a Professional Demeanor on Social Media

        April 13, 2023
        Advocating for Safer Sports Practices: Youth and Sports Ministry to Launch Code
        Commentary

        Advocating for Safer Sports Practices: Youth and Sports Ministry to Launch Code

        March 9, 2023
        PK Selection - Negeri Selangor
        Commentary

        Budget 2023: Sports gets RM399 million

        February 24, 2023
        hannah yeoh latest
        Commentary

        Hannah Yeoh: Sports must be Racist-Free Zone

        February 14, 2023
        Hannah to Implement the Safe Sport Code Instead of Advocating for New Laws
        Commentary

        Hannah to Implement the Safe Sport Code Instead of Advocating for New Laws

        February 7, 2023
        Next Post
        PK Selection - Negeri Selangor

        Budget 2023: Sports gets RM399 million

        Please login to join discussion

        Main Menu

        • Main
        • Archery Association
        • Events
        • National Record
        • Proshop

        Category

        • News / Berita
        • Tournaments
        • Video
        • World Archery
        • Archery Lessons

        © 2017- 2023 Designed and Hosted by Infinity Store

        No Result
        View All Result
        • HOME
        • INFORMATION
          • National & State Association
          • AJK SELAR
          • Local Archery Club
          • Basic Guide to Archery Equipment
          • Types of Archery
        • COACHING & JUDGES
          • Judging Resources
        • VIDEO
        • EVENTS
        • RECORD HOLDER
          • National Record
          • SUKMA Record

        © 2017- 2023 Designed and Hosted by Infinity Store

        Welcome Back!

        Sign In with Facebook
        OR

        Login to your account below

        Forgotten Password?

        Retrieve your password

        Please enter your username or email address to reset your password.

        Log In

        Add New Playlist