SMK Jeram: Pasukan memanah MSSD Sepang mencatat sejarah mereka tersendiri pada hari ini apabila dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan bagi Sukan Memanah MSS Selangor 2022. Sepang memenangi 14 emas, 15 perak dan 5 gangsa sepanjang 4 hari kejohanan. Petaling Perdana gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada 2020 apabila sekadar mampu menjadi naib juara keseluruhan. Pasukan MSSD Hulu Langat di tempat ke-3 dengan jumlah pungutan pingat 10 emas, 8 perak dan 7 gangsa.
Walaubagaimanapun keceriaan terbantut apabila, Juara Keseluruhan hanya diumumkan secara umum sahaja di penghujung majlis penutupan. Jelas terpancar kekecewaan pada kontijen Daerah Sepang. Sudah menjadi tradisi pasukan yang menjuarai akan di panggil keatas pentas untuk diserahkan piala juara keseluruhan untuk dinobatkan secara rasmi. Mungkin pihak penganjur terlepas pandang betapa ia memberi makna yang besar kepada pasukan yang menjadi juara setelah bertungkus lumus hampir dua minggu mempersiapkan pasukan.
Keunikan dan rekod juga tercipta apabila 3 beradik dari Sepang layak ke MSSM 2022 yang bakal berlangsung di Perlis dari 4 hingga 7 September 2022. Sahil Fahmi Mohd Syakir, Najwa Sakinah Mohd Syakir (U12) dan Sahil Amin Mohd Syakir (U12) akan membawa nama Selangor ke MSSM 2022.
Tahniah Buat Semua Pemanah Yang Mewakili Pasukan MSSD SEPANG dan tidak lupa juga buat semua pemenang.
Jom kita ke Perlis pula bagi Kejohanan Memanah MSSM 2022!