Persatuan Memanah Selangor (SELAR) dengan kerjasama Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) dan Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS), akan menganjur Selangor Open Ian Scott International Archery Championship 2021 (sebelum ini dikenali sebagai Kejohanan Memanah Terbuka Selangor 2021) mengikut tentatif seperti berikut:
Lokasi: Stadium Pusat Sukan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang, Selangor.
Tarikh: 15 hingga 19 Disember 2021.
Pihak Persatuan Memanah Selangor (SELAR) ingin mengambil kesempatan untuk mengundang persatuan, kelab memanah serta individu yang berminat untuk menyertai kejohanan ini. Maklumat kejohanan, format pertandingan, jadual dan SOP COVID-19 adalah seperti dilampirkan.
MAKLUMAT KEJOHANAN
Peraturan & Undang-undang:
OUTDOOR TARGET ARCHERY.
– Kejohanan ini akan menggunakan Peraturan dan Undang-undang Baru (New Bylaw) World Archery yang akan berkuatkuasa mulai 15 Januari 2022.
– ‘New Bylaw’ yang akan dilaksanakan adalah seperti Peraturan Kejohanan.
Kategori:
– Program Pembangunan Selangor – Recurve Bawah 15 tahun Lelaki dan Perempuan (Umur pada tahun semasa 2021; tahun lahir 2006 dan ke atas)
– Recurve Terbuka Lelaki dan Wanita.
– Compound Terbuka Lelaki dan Wanita.
– Barebow Terbuka Lelaki dan Wanita.
Pendaftaran
Pendaftaran dan pembayaran yuran adalah melalui link GOOGLE
FORM yang disediakan mengikut kategori.
Sila klik pautan atau scan QR Code berikut:
https://mareos.masarchery.org/
Tarikh Tutup Pendaftaran:
07 Disember 2021 ATAU tempat telah dipenuhi
Yuran Penyertaan
Kategori Bawah 15 tahun : RM 100.00
Kategori Terbuka : RM 150.00
Pengurus / Jurulatih : RM 30.00.
Makanan dan penginapan tidak disediakan.
Penyertaan hanya akan diterima selepas pengesahan pembayaran.
Nama Bank: Bank Islam Malaysia
Nama Pemilik: PERSATUAN MEMANAH DAERAH HULU LANGAT
No Akaun: 12092010049015
Link ke https://forms.gle/of5YKPSpEXzEXMMw9
Pematuhan SOP COVID-19
– Hanya Warganegara Malaysia yang lengkap 2 dos vaksin COVID-19 sahaja dibenarkan menyertai kejohanan ini.
– Setiap peserta dikehendaki menjalani COVID-19 Antigen Rapid Test (Saliva Test) sekurang-kurangnya tiga hari sebelum event bermula.
– Sekiranya POSITIF, nama akan digugurkan dari kejohanan.
– Hanya atlet / pegawai yang berdaftar dan melepasi saringan COVID-19 sahaja dibenarkan berada di Kawasan FOP.
– Penonton / penyokong adalah tidak dibenarkan memasuki Kawasan FOP.
– Saringan MySejahtera status “LOW RISK NO SYMPTOM”, tidak bergejala dan suhu tidak melebihi 37.5oC sahaja dibenarkan masuk ke kawasan FOP.
– Maklumat lanjut berkaitan pematuhan SOP COVID-19 semasa kejohanan adalah seperti Peraturan Pertandingan dilampirkan.
Muat Turun Surat Jemputan dan Maklumat Kejohanan
Muat Turun Peraturan Kejohanan