Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) dalam satu kenyataan ringkas kepada ahli gabungan telah memutuskan untuk menangguhkan 2021 Malaysia Archery Remote Scoring 1st Series yang dijadualkan pada 12hb Jun 2021.
Keputusan diambil berdasarkan situasi semasa pendamik Covid-19 di dalam negara yang masih berada pada tahap membimbangkan.
Assalamualaikum Dato’ / Tuan / Puan.
2021 Malaysia Archery Remote Scoring yang dijadualkan pada 12 Jun 2021 DITANGGUHKAN ke satu tarikh yang difikirkan sesuai.
*Bersama kita hentikan penularan wabak COVID-19
*Jadilah warganegara yang bertanggungjawab– Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM)
Serentak dengan itu Persatuan Memanah Selangor, turut mengambil keputusan menangguhkan sesi pemilihan atlet memanah Negeri Selangor ke 2021 Malaysia Archery Remote Scoring.
Perancangan 2021 Malaysian Archery Remote Scoring Peringkat Negeri Selangor pada 30 Mei 2021 ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.
Biro Penganjuran Kejohanan
Persatuan Memanah Selangor
dikeluarkan oleh
Biro Publisiti & Perhubungan
Persatuan Memanah Selangor