Pemanah berpengalaman negara, Haziq Kamaruddin menghembuskan nafas terakhir pagi ini.
Haziq yang berusia 27 tahun dan memburu tiket Sukan Olimpik buat kali ketiga kini dibawa ke Hospital Kajang untuk menjalani ujian calitan sebelum menunggu arahan polis bagi proses bedah siasat.
Perkara itu disahkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).
Haziq menjadi taruhan negara untuk layak ke temasya Tokyo dalam acara berpasukan seterusnya mengikuti jejak langkah rakan pasukan, Khairul Anuar Mohamad.
“Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. AlFatihah,” tulis Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia dalam Facebook hari ini.
.