Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) dengan kerjasama Persatuan Memanah Negeri Perak (Baru) (PMNP)(B) akan mengadakan Kursus Kejurulatihan Memanah Tahap 1 seperti ketentuan berikut:
Tarikh : 1- 3 Oktober 2020 (Khamis- Sabtu)
Tempat : Rumah Rehat Kampar
Jalan Baru, Kampung Batu Berangkai
31900 Kampar, Perak
Pihak persatuan menjemput sesiapa yang berminat untuk menyertai kursus ini. Borang permohonan, syarat permohonan dan juga maklumat kursus adalah seperti lampiran. Tarikh tutup permohonan adalah pada atau sebelum 11 September 2020.
MAKLUMAT KURSUS
Pendaftaran
Yuran : RM350.00
Tempat : Rumah Rehat Kampar, Jalan Baru,
Kampung Batu Berangkai
31900 Kampar, Perak
Tarikh : 1 – 3 Oktober 2020 (Khamis – Sabtu)
Proses : Isikan borang yang dilampirkan dan hantarkan semula kepada Setiausaha Kehormat PMNP (B) ke alamat emel dibawah :
Emel – memanahperak@gmail.com
Penyertaan : 50 orang sahaja.
*Permohonan yang berjaya akan dihubungi melalui emel dan akan disertakan link untuk proses pembayaran. Semua pembayaran adalah secara ONLINE SAHAJA.
Kelayakan Peserta
1. Peserta wajib melampiran Sijil Kursus Asas Memanah untuk kelayakan menduduki kursus Tahap 1.
2. Peserta hendaklah berumur 18 tahun ke atas pada tahun semasa.
3. Borang penyertaan peserta haruslah disahkan oleh Persatuan Memanah Negeri masing-masing.
4. Jawatankuasa Kejurulatihan NAAM mempunyai hak untuk memilih calon yang berkelayakan sahaja untuk menyertai kursus ini.
Urusetia Kursus
1. En. Mohd Fairiz bin Abd Rahman
Setiausaha Kehormat
Persatuan Memanah Negeri Perak (Baru)
H/P : 0165519760
Emel : memanahperak@gmail.com
2. En. Zairul Hafizi Bin Mohd Yunus
AJK Pembangunan
Persatuan Memanah Negeri Perak (Baru)
H/P : 0193560404