KEMASUKAN ATLET MEMANAH TAHUN 6 (2019) KE SAM BANDAR BARU SALAK TINGGI
Makluman kepada semua ATLET MEMANAH dan IBUBAPA ATLET MEMANAH TAHUN 6 yang akan meduduki UPSR dan PSRA tidak lama lagi.
Sekiranya anda berminat untuk menyambung pengajian ke sekolah menengah di dalam BIDANG AGAMA, dan juga meneruskan KECEMERLANGAN di dalam SUKAN MEMANAH, maka, SAM BANDAR BARU SALAK TINGGI adalah opsyen yang patut anda pertimbangkan.
KENAPA PERLU PILIH SAM BANDAR BARU SALAK TINGGI (SAMBBST) a.k.a TEAM SASAr?
- Mempunyai lapang sasar yang lengkap dan berasingan dari kegunaan aktiviti lain.
- Latihan harian dan mingguan yang tersusun.
- Berlatih bersama dengan atlet memanah berprestasi tinggi.
- Kejelekitan di antara atlet yang kuat dan rapat.
- Kejelekitan di antara ibubapa atlet yang sangat ‘supportive’.
- Jurulatih yang berkelayakan, komited, berdedikasi dan berpengalaman.
- Pentadbiran sekolah yang sangat memahami dan bersikap terbuka dengan keperluan atlet berpreatasi tinggi.
- Sokongan padu pihak PIBG sekolah kepada program memanah.
- Menjadi sebahagian daripada KELUARGA TEAM SASAr yang hebat dan harmoni.
- Merupakan PUSAT LATIHAN NEGERI (PLN) bagi MAJLIS SUKAN NEGERI SELANGOR.
Atlet MEMANAH SAMBBST juga berpeluang menyertai KEJOHANAN BERTARAF KEBANGSAAN yang hanya boleh disertai melalui SAM BANDAR BARU SALAK TINGGI seperti :
- Mahrajan Memanah Institusi Pendidikan Agama (IPA) peringkat KEBANGSAAN; anjuran BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM, KPM.
- Mahrajan Memanah Karnival Sukan Sekolah Menengah Agama Malaysia (KESSUMA); anjuran JAKIM
- Karnival Bakat Peringkat Kebangsaan – selaku Pusat Latihan Negeri; anjuran MAJLIS SUKAN NEGARA
Jika berminat boleh berhubung dengan Sir Firdaus ditalian +6019-3832600 untuk sebarang pertanyaan lanjut.
SAM BANDAR BARU SALAK TINGGI : BENEFITTING ALL WORLD
Jasmani | Emosi | Rohani | Intelektual | Sahsiah
HAYYUNA WAHAYATUNA