
Diperingkat separuh akhir Azreena telah menewaskan seorang lagi pemanah pilihan, wakil MSSM Negeri Sembilan, Aina Nuraina bt Kamarulzaman dari SMKKBSR dengan keputusan 6-2. Diperingkat suku akhir Azreena telah menewaskan Irdina Hatta, pemenang pingat emas Olympic Round U15 di Kejohanan Memanah Terbuka Peringkat Kebangsaan SBT & BJ Wolfpack 2017 yang baru berakhir minggu lepas.
Azreena turut menyumbang perak buat skuad Petaling Utama apabila menduduki tempat ke-2 keseluruhan bagi Peringkat Kelayakan Recurve U15 Perempuan, dibelakang Fya Arissa bt Baharom. Tempat ke-3 dimenangi oleh Aina Nuraini bt Kamrulzaman


















