Memaparkan senarai takwim kejohanan memanah yang bakal berlangsung. Turut memaparkan kursus memanah, kejurulatihan, kehakiman dan yang berkaitan dengan sukan memanah di seluruh negara.
Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) adalah temasya sukan dwitahunan yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi, dengan kerjasama Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan Majlis Sukan Institut Pendidikan Guru.
Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) dengan kerjasama Persatuan Memanah Negeri Perak akan menganjurkan Kejohanan Memanah Kebangsaan Barebow Siri 2 tahun 2025 pada 5 - 7 September 2025 bertempat di Sekolah Kebangsaan Pinji, Ipoh, Perak
Persatuan Memanah Negeri Johor akan menganjurkan 6th Johor International Archery Tournament 2025 pada 22 - 28 September 2025 di Mutiara Rini, Johor Bahru.