Kejohanan Memanah Selangor Juniors 2025 – U10 & U12
Kejohanan Memanah Selangor Juniors 2025 - U10 & U12. Pendaftaran akan dibuka melalui MAREOS. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kelak
Memaparkan senarai takwim kejohanan memanah yang bakal berlangsung. Turut memaparkan kursus memanah, kejurulatihan, kehakiman dan yang berkaitan dengan sukan memanah di seluruh negara.
Kejohanan Memanah Selangor Juniors 2025 - U10 & U12. Pendaftaran akan dibuka melalui MAREOS. Maklumat lanjut akan dimaklumkan kelak
Persatuan Memanah Selangor (SELAR) dengan kerjasama Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM). akan menganjurkan Kursus Asas Kejurulatihan Memanah seperti berikut: Tarikh: 19 dan 20 Jun 2025 (Hari Khamis dan Jumaat). Tempat: Dewan Seminar, Sekolah Kebangsaan Saujana Impian (SBT), Kajang, Selangor. Matlamat kursus ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan asas dalam bidang Kehakiman Memanah, sepertimana mengikut […]
SELAR akan menganjurkan Kejohanan Memanah Selangor Juniors Siri 2/2025 pada 21 dan 22 Jun 2025 di Sekolah Kebangsaan Saujana Impian (SBT), Kajang.
Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia dan Majlis Sukan Negara dengan dengan kerjasama Persatuan Memanah Negeri Kelantan akan menganjurkan kejohanan tersebut pada 25 hingga 29 Jun 2025 bertempat di SMK Kutan, Tumpat, Kelantan.
Persatuan Memanah Negeri Johor (PMNJ) dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) sebagai penganjur bersama akan menganjurkan Kejohanan Memanah Kebangsaan 2025, Siri 3, pada 27 Ogos 2025 - 30 Ogos 2025 di Lapang Sasar Memanah Taman Mutiara Rini, Skudai
Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) adalah temasya sukan dwitahunan yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi, dengan kerjasama Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan Majlis Sukan Institut Pendidikan Guru.
Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) dengan kerjasama Persatuan Memanah Negeri Perak akan menganjurkan Kejohanan Memanah Kebangsaan Barebow Siri 2 tahun 2025 pada 5 - 7 September 2025 bertempat di Sekolah Kebangsaan Pinji, Ipoh, Perak
Persatuan Memanah Negeri Johor akan menganjurkan 6th Johor International Archery Tournament 2025 pada 22 - 28 September 2025 di Mutiara Rini, Johor Bahru.