TAKWIM MEMANAH / ARCHERY EVENTS

Memaparkan senarai takwim kejohanan memanah yang bakal berlangsung. Turut memaparkan kursus memanah, kejurulatihan, kehakiman dan yang berkaitan dengan sukan memanah di seluruh negara.

  • Kejohanan Memanah Bakat OIimpik Kebangsaan Siri 1 2025

    SMK Kutan Kampung Kutan, Wakaf Bharu, Kelantan

    Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia dan Majlis Sukan Negara dengan dengan kerjasama Persatuan Memanah Negeri Kelantan akan menganjurkan kejohanan tersebut pada 25 hingga 29 Jun 2025 bertempat di SMK Kutan, Tumpat, Kelantan.

  • Kejohanan Memanah Kebangsaan Siri 03/2025

    Lapang Sasar Mutiara Rini Mutiara Rini, Johor Bahru, Johor

    Persatuan Memanah Negeri Johor (PMNJ) dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) sebagai penganjur bersama akan menganjurkan Kejohanan Memanah Kebangsaan 2025, Siri 3, pada 27 Ogos 2025 - 30 Ogos 2025 di Lapang Sasar Memanah Taman Mutiara Rini, Skudai

  • Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2025

    Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Univerisit Teknologi Malaysia, Jalan Iman, Skudai, Johor

    Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) adalah temasya sukan dwitahunan yang dianjurkan bersama oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Pendidikan Tinggi, dengan kerjasama Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) dan Majlis Sukan Institut Pendidikan Guru.

  • Kejohanan Memanah Kebangsaan Barebow Siri 2 tahun 2025

    Sekolah Kebangsaan Pinji, Ipoh SK Pinji, Persiaran Bunga Raya, Taman Boon Bak, Ipoh, Perak

    Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) dengan kerjasama Persatuan Memanah Negeri Perak akan menganjurkan Kejohanan Memanah Kebangsaan Barebow Siri 2 tahun 2025 pada 5 - 7 September 2025 bertempat di Sekolah Kebangsaan Pinji, Ipoh, Perak

  • 6th Johor International Archery Tournament 2025

    Lapang Sasar Mutiara Rini Mutiara Rini, Johor Bahru, Johor

    Persatuan Memanah Negeri Johor akan menganjurkan 6th Johor International Archery Tournament 2025 pada 22 - 28 September 2025 di Mutiara Rini, Johor Bahru.

  • Kejohanan Memanah Kebangsaan Grand Final 2025

    Kompleks Sukan MSN Nilai Persiaran Perbandaran, Nilai, Negeri Sembilan

    Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Memanah Kebangsaan Grand Final 2025 pada 2 hingga 5 Oktober 2025 di Nilai

  • Kejohanan Memanah Terbuka Pahang 2025

    Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS) Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (POLISAS), Kuantan, Pahang

    Majlis Sukan Pahang dengan kerjasama Persatuan Memanah Negeri Pahang akan menganjurkan Kejohanan Memanah Terbuka Pahang 2025 pada 27 Oktober – 2 November 2025 di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Kuantan, Pahang.