TAKWIM MEMANAH / ARCHERY EVENTS

Memaparkan senarai takwim kejohanan memanah yang bakal berlangsung. Turut memaparkan kursus memanah, kejurulatihan, kehakiman dan yang berkaitan dengan sukan memanah di seluruh negara.

Sekiranya anda ingin memaklumkan tentang kejohanan atau kursus berkaitan memanah yang berlansung di tempat anda, sila klik di “Create an Event” untuk menyiarkan maklumat kejohanan atau kursus tersebut.

Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Pertandingan Memanah Karnival Bakat Kebangsaan Siri 1/2024

February 28 - March 3

Majlis Sukan Negara (MSN) dengan kerjasama MSN Negeri Selangor akan menganjurkan Memanah Karnival Bakat Kebangsaan Siri 1/2024, mengikut ketetapan berikut:

Tarikh Kejohanan: 28 Februari hingga 3 Mac 2024
Tempat: Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam, Selangor

TARIKH-TARIKH PENTING

Tarikh Mula Pendaftaran MAREOS: 10 Februari 2024
Tarikh Akhir Pendaftaran MAREOS: 22 Februari 2024
Mesyuarat Pengurus Pasukan: 9:00 malam, 27 Februari 2024 – melalui Google Meet
Tarikh Kejohanan: 28 Feb – 3 Mac 2024

TENTATIF PROGRAM (TIDAK RASMI)

Tempat Pertandingan: SK Seksyen 7, Shah Alam, Selangor
Jadual: Download/Muat Turun Peraturan dan Jadual

Untuk makluman, Karnival Bakat & Pelapis Kebangsaan 2024 Siri 1 ini akan dijalankan serentak dengan Kejohanan Memanah Kebangsaan 2024 Siri 1.

28 Feb 2024, Rabu
Qualification Rounds – RM, RM17 & CW
Individual Matches – 1/32: RM

Qualification Rounds – RW, RW17 & CM
Individual Matches – 1/32: RW

29 Feb 2024, Khamis
Qualification Rounds – Recurve Under 15 Division (Distance 1 & 2)
Individual Matches – RM, RW, CM & CW

1 Mac 2024, Jumaat
Qualification Rounds – Recurve Under 15 Division (Distance 3 & 4)
Individual Matches – RM17 & RW17

2 Mac 2024, Sabtu
Team Matches – RM, RW, CM & CW
Team Matches – RM17 & RW17
Mixed Team Matches – RM17 & RW17

3 Mac 2024, Ahad
Mixed Team Matches – RM, RW, CM & CW
Individual Gold Medal Matches – RM, RW, CM, CW, RM17 & RW17

PENDAFTARAN

Semua pendaftaran peserta (pengurus, jurulatih dan atlet) hendaklah didaftarkan melalui Malaysia Archery Results & Entry Online System (MAREOS). Tiada pendaftaran secara manual yang diterima. Ahli gabungan perlu daftar masuk di MAREOS melalui https://mareos.masarchery.org/ dengan menggunakan alamat email dan kata laluan yang telah ditetapakan oleh NAAM. Selepas daftar masuk, pilih kejohanan yang ingin didaftarkan.

Hubungi pihak NAAM (events@masarchery.org) jika ada sebarang pertanyaan ataupun memerlukan bantuan mengenai MAREOS. Untuk pertanyaan selain daripada MAREOS sila hubungi pihak penganjur.

KATEGORI

Kategori bagi kejohanan ini adalah seperti berikut:
1. Recurve lelaki (umur dari 16 dan ke atas) RM
2. Recurve wanita (umur dari 16 dan ke atas) RW
3. Compound lelaki (umur dari 13 dan ke atas) CM
4. Compound wanita (umur dari 13 dan ke atas) CW

PENYERTAAN

  • Terbuka kepada semua atlet Program Bakat (13-15 tahun) dalam Kategori II dan (16-17 tahun) dalam Kategori I. Penyertaan adalah terhad kepada semua atlet yang terlibat dalam program latihan Pusat Latihan Daerah (PLD) dan Pusat Latihan Negeri (PLN) di bawah Program Bakat dan Pelapis Negeri.
  • Setiap pasukan boleh mendaftarkan DUA (2) pasukan lelaki dan DUA (2)
    pasukan wanita bagi setiap kategori.
  • Setiap pasukan hanya boleh menyenaraikan 3 pegawai/jurulatih termasuk
    seorang pegawai pengiring jika terdapat atlet wanita.

Pendaftaran lewat (selepas Tarikh tutup) atau pertukaran (selepas tarikh tutup) akan didenda mengikut kadar yang telah ditetapkan dan penganjur mempunyai hak untuk tidak menerima.

KELAYAKAN PESERTA

Umur 13-15 tahun: Kategori II (Lelaki & Wanita)
Umur 16-17 tahun: Kategori I (Lelaki & Wanita)
MQS – Terbuka.

PERATURAN

Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang World Archery dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia.

Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirnya, maka undang-undang World Archery yang terkini akan dipatuhi.

Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:

  • Sebarang kejadian akan diputus berasaskan kepada Peraturan Pertandingan Memanah Kebangsaan.
  • Sebarang perselisihan tekinikal akan diputus berasaskan kepada Undang-undang World Archery dan Pertandingan Memanah Kebangsaan.
  • Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankausa Teknikal dan Pertandingan Kejohanan adalah muktamad.

Hanya Pengurus Pasukan sahaja dibenarkan membuat bantahan. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 200.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja).

Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu ditolak atau didapati tidak wajar.
Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Pengurus Pertandingan dalam masa 15 minit selepas keputusan diumumkan.

Jarak yang akan dipertandingan adalah:
Kategori I – Individu dan Berpasukan Wanita
70M Rounds – Target Face: Outdoor 122cm Face (1-X)

Kategori I – Individu dan Berpasukan Lelaki
70M Rounds – Target Face : Outdoor 122cm Face (1-X)

Kategori II – Individu dan Berpasukan Wanita
50m x 2 + 30m x 2 – Target Face : Outdoor 80cm Face 6 Rings (5-X)

Kategori II – Individu dan Berpasukan Lelaki
50m x 2 + 30m x 2
Target Face : Outdoor 80cm Face 6 Rings (5-X)

GANTI RUGI

Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia dan Jawatankuasa Pengelola Pertandingan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang mungkin berlaku kepada mana-mana atlet dan pegawai semasa kejohanan ini berlangsung termasuklah perjalanan dari rumah/tempat pertandingan/ rumah.

Details

Start:
February 28
End:
March 3
Event Category:

Organizer

MSN

Venue

Sekolah Kebangsaan Seksyen 7
Sekolah Kebangsaan Seksyen 7
Shah Alam, Selangor 40000 Malaysia
+ Google Map
View Venue Website

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist