Memaparkan senarai takwim kejohanan memanah yang bakal berlangsung. Turut memaparkan kursus memanah, kejurulatihan, kehakiman dan yang berkaitan dengan sukan memanah di seluruh negara.
Sekiranya anda ingin memaklumkan tentang kejohanan atau kursus berkaitan memanah yang berlansung di tempat anda, sila klik di “Create an Event” untuk menyiarkan maklumat kejohanan atau kursus tersebut.
Persatuan Memanah Kebangsaan (NAAM) akan menganjurkan Kursus Kejurulatihan Memanah Tahap 2 pada dan tempat seperti berikut:
Tarikh : 8 hingga 12 Ogos 2023
Tempat : SK Danau Perdana, Taman Desa, Kuala Lumpur
Sehubungan dengan itu, pihak persatuan ingin menjemput kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kursus tersebut. Sila lihat maklumat dan syarat-syarat untuk menyertai kursus ini seperti yang dilampirkan.
Sebarang pertanyaan pihak Tuan bolehlah menghubungi En. Muhammad Marbawi bin Sulaiman (012-9250450).
Muat turun Surat Jemputan
NAMA KURSUS: Kursus Kejurulatihan Memanah Tahap 2
TEMPAT KURSUS: SK Danau Perdana, Taman Desa, Kuala Lumpur
TARIKH KURSUS: 8 hingga 12 Ogos 2023
PENGANJUR: Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia
JADUAL KURSUS
Hari Pertama
8:00am – 10:00am : Lapor Diri/ Pendaftaran
10:00am – 10:30am : Minum Pagi
10:30am – 12:30pm : Taklimat Kursus/ WA Rules
12:30pm – 2:30pm : Rehat/ Makan Tghari
2:30pm – 4:00pm : Spesific Warm Up
4:00pm – 4:30pm : Minum Petang
4:30pm – 6:00pm : Posture Collapse
Hari Kedua
8:00am – 10:00am : Shooting Faults & Remedies 1
10:00am – 10:30am : Minum Pagi
10:30am – 12:30pm : Shooting Faults & Remedies 2
12:30pm – 2:30pm : Rehat/ Makan Tghari
2:30pm – 4:00pm : Common Problem 1
4:00pm – 4:30pm : Minum Petang
4:30pm – 6:00pm : Common Problem 1
Hari ketiga
8:00am – 10:00am : Teaching Suggestion For The Coach
10:00am – 10:30am : Minum Pagi
10:30am – 12:30pm : Tips For Practice Planning
12:30pm – 2:30pm : Rehat/ Makan Tghari
2:30pm – 4:00pm : Tips For Teaching: Tecnical Skills
4:00pm – 4:30pm : Minum Petang
4:30pm – 6:00pm : Exam (Bow Setup)
Hari keempat
8:00am – 10:00am : Exam (Theory)
10:30am – 1.30pm : Exam (Practical)
1.45pm : Penutup
YURAN KURSUS
RM 600.00
MAKANAN
Hanya sarapan pagi, minum pagi, makan tengahari dan minum petang disediakan oleh pihak penganjur.
PENGINAPAN
Tanggungjawab peserta.
PENDAFTARAN
Semua pendaftaran peserta hendaklah didaftarkan melalui Malaysia Archery Results & Entry Online System (MAREOS). Tiada pendaftaran secara manual yang diterima.
Daftar masuk ke MAREOS melalui https://mareos.masarchery.org/. Selepas daftar masuk, pilih kursus yang ingin didaftarkan.
Hubungi pihak NAAM (events@masarchery.org) jika ada sebarang pertanyaan ataupun memerlukan bantuan mengenai MAREOS. Untuk pertanyaan selain daripada MAREOS sila hubungi pihak
penganjur.
KELAYAKKAN PESERTA
1. Peserta hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas pada tahun semasa.
2. Jawatankuasa Kejurulatihan NAAM mempunyai hak untuk memilih calon yang berkelayakan
sahaja untuk menyertai kursus ini.
3. Mempunyai pengalaman dalam bidang kejurulatihan sukan memanah selama 5 tahun.
4. Bagi pemohon Tahap 2, peserta wajib melampirkan sijil Kursus Kejurulatihan Memanah Tahap 1
dan sijil Kursus Sains Sukan Tahap 1 (jika ada) untuk kelayakkan menduduki kursus Tahap 2.
5. Bagi peserta ulangan, sila lampirkan sijil penyertaan Tahap 2.
6. Setiap penyertaan haruslah disahkan oleh Persatuan Memanah Negeri.
TANGGUNGJAWAB PESERTA
1. Segala perbelanjaan, penginapan, pengangkutan, makan minum dan alat tulis semasa kursus adalah tanggungan peserta sendiri KECUALI dimaklumkan oleh pihak penganjur.
2. Sebarang kehilangan harta benda atau kemalangan yang berlaku pada sebelum, semasa dan selepas kursus adalah di bawah tanggungjawab peserta sendiri dan pihak NAAM atau penganjur TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas kehilangan atau kemalangan yang berlaku.
3. Peserta dinasihatkan dan digalakkan mempunyai insuran peribadi sebagai jaminan jika berlakunya kemalangan sepanjang waktu kursus.
4. Semua peserta kursus haruslah berpakaian SUKAN, kemas dan tidak mencolok mata.
5. Berpakaian seperti berseluar pendek, baju tidak berlengan dan berkasut tumit tinggi (bagi wanita) adalah TIDAK DIBENARKAN.
6. Semua peserta DIWAJIBKAN berkasut sukan sepanjang kursus berlangsung.
7. Semua peserta DIWAJIBKAN untuk membawa peralatan memanah sendiri.
8. Yuran perlu dijelaskan semasa pendaftaran pada hari pertama kursus.