TAKWIM MEMANAH / ARCHERY EVENTS

Memaparkan senarai takwim kejohanan memanah yang bakal berlangsung. Turut memaparkan kursus memanah, kejurulatihan, kehakiman dan yang berkaitan dengan sukan memanah di seluruh negara.

Sekiranya anda ingin memaklumkan tentang kejohanan atau kursus berkaitan memanah yang berlansung di tempat anda, sila klik di “Create an Event” untuk menyiarkan maklumat kejohanan atau kursus tersebut.

Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Kursus Kejurulatihan Memanah Tahap 1 Siri 2/2023

February 20, 2023 - February 23, 2023

Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia dengan Persatuan Pemanah Negeri Kedah akan menganjurkan Kursus Kejurulatihan Memanah Tahap 1 pada dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 20 hingga 23 Februari 2023
Tempat : SK Siputeh, Kodiang, Kedah

Pihak persatuan menjemput kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kursus tersebut. Sila lihat maklumat dan syarat-syarat untuk menyertai kursus ini seperti yang dilampirkan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi Muhammad Marbawi bin Sulaiman (012-9250450) atau Tengku Azlan Bin Tuan Mat (013-5311200).


NAMA KURSUS: Kursus Kejurulatihan Memanah Tahap 1 Siri 2, 2023
TEMPAT KURSUS: SK Siputeh, Kodiang, Kedah
TARIKH KURSUS: 20 hingga 23 Februari 2023
PENGANJUR: Persatuan Memanah Negeri Kedah dan SK Siputeh.
YURAN KURUS : RM450.00

PENDAFTARAN

Pendaftaran dan pembayaran yuran hendaklah dilakukan melalui sistem MAREOS di https://mareos.masarchery.org/ . Peserta yang mendaftar dan telah membuat pembayaran sebelum tarikh tutup sahaja akan diterima. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 3 Februari 2023.

KELAYAKKAN PESERTA

1. Peserta hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas pada tahun semasa.
2. Jawatankuasa Kejurulatihan NAAM mempunyai hak untuk memilih calon yang berkelayakan sahaja untuk menyertai kursus ini.
3. Mempunyai pengalaman dalam bidang kejurulatihan sukan memanah selama 3 tahun.
4. Pemohon mestilah sudah menghadiril Kursus Asas Kejurulatihan Memanah.

TANGGUNGJAWAB PESERTA

1. Segala perbelanjaan, penginapan, pengangkutan, makan minum dan alat tulis semasa kursus adalah tanggungan peserta sendiri KECUALI dimaklumkan oleh pihak penganjur.
2. Sebarang kehilangan harta benda atau kemalangan yang berlaku pada sebelum, semasa dan selepas kursus adalah di bawah tanggungjawab peserta sendiri dan pihak NAAM atau penganjur TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas kehilangan atau kemalangan yang berlaku.
3. Peserta dinasihatkan dan digalakkan mempunyai insuran peribadi sebagai jaminan jika berlakunya kemalangan sepanjang waktu kursus.
4. Semua peserta kursus haruslah berpakaian SUKAN, kemas dan tidak mencolok mata.
5. Berpakaian seperti berseluar pendek, baju tidak berlengan dan berkasut tumit tinggi (bagi wanita) adalah TIDAK DIBENARKAN.
6. Semua peserta DIWAJIBKAN berkasut sukan sepanjang kursus berlangsung.
7. Semua peserta DIWAJIBKAN untuk membawa peralatan memanah sendiri.
8. Yuran perlu dijelaskan semasa pendaftaran pada hari pertama kursus.

TANGGUNGAN

Tidak ada mana-mana individu atau entiti termasuk penceramah yang hadir yang dibenarkan untuk merakam dan/atau menyiarkan secara elektronik sebarang bahagian acara tanpa persetujuan bertulis daripada Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM). Rakaman yang tidak sah, antaranya termasuk dan tidak terhad kepada audio, video dan gambar semasa mana-mana sesi ceramah, poster, dan/atau bengkel yang dikendalikan oleh NAAM adalah dilarang sama sekali kecuali dengan kelulusan bertulis NAAM. Peserta dan/atau penceramah yang tidak mematuhi arahan mungkin diminta meninggalkan premis tersebut.

PERHUBUNGAN

Tengku Azlan Bin Tuan Mat +60 13-531 1200

MUAT TURUN MAKLUMAT

Details

Start:
February 20, 2023
End:
February 23, 2023
Event Category:

Venue

SK Siputeh
Kodiang, Kedah + Google Map

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist