Memaparkan senarai takwim kejohanan memanah yang bakal berlangsung. Turut memaparkan kursus memanah, kejurulatihan, kehakiman dan yang berkaitan dengan sukan memanah di seluruh negara.
Sekiranya anda ingin memaklumkan tentang kejohanan atau kursus berkaitan memanah yang berlansung di tempat anda, sila klik di “Create an Event” untuk menyiarkan maklumat kejohanan atau kursus tersebut.
Sempena peringatan Hari Polis Ke-216 pada tahun 2023, Pasukan Memanah PDRM (RMPAT) diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah dan menganjurkan Kursus Kejurulatihan Memanah Tahap 1 Peringkat Kebangsaan yang melibatkan Pegawai dan Anggota daripada PDRM serta Jurulatih Memanah daripada Persatuan Negeri- Negeri serta Ahli Gabungan NAAM.
Perancangan program kursus akan dijalankan pada :
Tarikh: 8 Mei 2023 sehingga 11 Mei 2023
Masa: 0800 hrs – 1700 hrs
Tempat: SK Danau Perdana, Taman Desa Perdana, Kuala Lumpur.
Had peserta: 60 orang
RM 450.00 seorang. Pembayaran boleh dibuat semasa hari pendaftaran.
Pendaftaran dan pembayaran yuran hendaklah dilakukan melalui sistem MAREOS di https://mareos.masarchery.org/. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 5 Mei 2023.
1. Peserta hendaklah berumur 18 tahun dan ke atas pada tahun semasa.
2. Jawatankuasa Kejurulatihan NAAM mempunyai hak untuk memilih calon yang berkelayakan sahaja untuk menyertai kursus ini.
3. Mempunyai pengalaman dalam bidang kejurulatihan sukan memanah selama 3 tahun.
4. Pemohon mestilah sudah menghadiril Kursus Asas Kejurulatihan Memanah.
1. Segala perbelanjaan, penginapan, pengangkutan, makan minum dan alat tulis semasa kursus adalah tanggungan peserta sendiri KECUALI dimaklumkan oleh pihak penganjur.
2. Sebarang kehilangan harta benda atau kemalangan yang berlaku pada sebelum, semasa dan selepas kursus adalah di bawah tanggungjawab peserta sendiri dan pihak NAAM atau penganjur TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB di atas kehilangan atau kemalangan yang berlaku.
3. Peserta dinasihatkan dan digalakkan mempunyai insuran peribadi sebagai jaminan jika berlakunya kemalangan sepanjang waktu kursus.
4. Semua peserta kursus haruslah berpakaian SUKAN, kemas dan tidak mencolok mata.
5. Berpakaian seperti berseluar pendek, baju tidak berlengan dan berkasut tumit tinggi (bagi wanita) adalah TIDAK DIBENARKAN.
6. Semua peserta DIWAJIBKAN berkasut sukan sepanjang kursus berlangsung.
7. Semua peserta DIWAJIBKAN untuk membawa peralatan memanah sendiri.
8. Yuran perlu dijelaskan semasa pendaftaran pada hari pertama kursus.
TANGGUNGAN
Tidak ada mana-mana individu atau entiti termasuk penceramah yang hadir yang dibenarkan untuk merakam dan/atau menyiarkan secara elektronik sebarang bahagian acara tanpa persetujuan bertulis daripada Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM). Rakaman yang tidak sah, antaranya termasuk dan tidak terhad kepada audio, video dan gambar semasa mana-mana sesi ceramah, poster, dan/atau bengkel yang dikendalikan oleh NAAM adalah dilarang sama sekali kecuali dengan kelulusan bertulis NAAM. Peserta dan/atau penceramah yang tidak mematuhi arahan mungkin diminta meninggalkan premis tersebut
En. Saiful Hamdi 017-5553873
Shahidallah Jahaya 014-3535464