TAKWIM MEMANAH / ARCHERY EVENTS

Memaparkan senarai takwim kejohanan memanah yang bakal berlangsung. Turut memaparkan kursus memanah, kejurulatihan, kehakiman dan yang berkaitan dengan sukan memanah di seluruh negara.

Sekiranya anda ingin memaklumkan tentang kejohanan atau kursus berkaitan memanah yang berlansung di tempat anda, sila klik di “Create an Event” untuk menyiarkan maklumat kejohanan atau kursus tersebut.

Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Kursus Kejurulatihan Memanah Kebangsaan Tahap 1 2023

November 27, 2023 - December 3, 2023

Kelab Memanah Bitara Persada (KMBP) dengan kerjasama Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM), Persatuan Memanah Negeri Johor (PMNJ), Pejabat Belia dan Sukan Daerah Batu Pahat dan Majlis Sukan Daerah Batu Pahat (MSD) akan mengadakan Kursus Kejurulatihan Memanah Kebangsaan Tahap 1. Sehubung itu, kursus tersebut akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:-

Tarikh: 25 hingga 28 Oktober 2023 (Rabu sehingga Sabtu)
Masa: 8.00pagi – 6.00 petang
Tempat: Pusat Minda Emas UTHM (PUMAS) Kampus Tanjung Laboh, 83000 Batu Pahat, Johor.

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan syarat kelayakan menyertai, pendaftaran serta penginapan, sila hubungi Puan Nor melalui WhatsApp ditalian 017-7161112.


MAKLUMAT KURSUS
*Peserta dikehendaki membaca maklumat kursus dengan teliti sebelum membuat pendaftaran.

Lokasi
Dewan Taklimat Pusat Minda Emas UTHM Kampus Tanjung Laboh, 83000 BATU PAHAT, Johor.

Tarikh
25 sehingga 28 Oktober 2023 (Rabu sehingga Sabtu)

Jadual Kursus
akan dilampirkan

Yuran
* RM480.00 seorang
* Nota kursus, minum pagi, makan tengahari dan minum petang disediakan.
* Pengangkutan dan penginapan adalah urusan sendiri.
* Lokasi kursus dan tempat penginapan yang berdekatan adalah seperti di Lampiran B.

Jumlah Peserta
Maksima 50 orang

Syarat-syarat
* Pemohon hendaklah berumur 18 tahun keatas pada tahun semasa.
* Memahami Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
* Jawatankuasa Kejurulatihan NAAM mempunyai hak untuk memilih calon yang berkelayakan sahaja untuk menyertai kursus ini.
* Mempunyai pengalaman dalam bidang kejurulatihan sukan memanah selama 3 tahun.
* Bagi pemohon Tahap 1, peserta wajib melampirkan sijil Kursus Asas Kejurulatihan Memanah yang dianjurkan oleh Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) sahaja bagi melayakkan menduduki kursus Tahap 1.

Fasilitator & Pengendalian
* Fasilitator Kursus: Disediakan oleh NAAM
* Bahasa Penghantar: Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
* Tahap: Kebangsaan Tahap 1
* Sijil Penyertaan: Sijil Penyertaan Kursus disediakan oleh NAAM kepada semua peserta. Sijil Kejurulatihan Tahap 1 akan diberikan hanya kepada mereka yang lulus ujian sahaja.

Tarikh Tutup Pendaftaran & Pembayaran
* 08 Oktober 2023 sebelum 10.00 malam.
* Peserta yang layak sahaja akan ditawarkan tempat.
* Yuran kursus berjumlah RM480.00.
* Pendaftaran hendaklah disertakan sekali bayaran yuran komitmen sebanyak RM430.00 sebagai pengesahan dan baki RM50.00 dijelaskan semasa pendaftaran 25 Oktober 2023.
* Yuran komitmen akan hangus sekiranya peserta menarik diri selepas tarikh tutup pendaftaran atau tidak hadir pada hari pendaftaran.
* Bayaran secara online ke akaun KELAB MEMANAH BITARA PERSADA – Bank CIMB:80-0984065-1. Serahkan butiran nama PEMBAYAR serta BUKTI pembayaran kepada setiausaha melalui Whatsapp ditalian 017-7161112 (Puan Nor) untuk pengesahan daftar.

Pendaftaran
* Link pendaftaran akan disertakan melalui sistem MAREOS di https://mareos.masarchery.org/.Lengkapkan kesemua butiran pendaftaran kursus. Bermula dari 1 Januari 2020 hanya peserta yang pernah mengikuti Kursus Asas Kejurulatihan Memanah yang dianjurkan oleh Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) sahaja yang diterima pendaftarannya.
* Sila daftar segera. Tempat adalah terhad.

Details

Start:
November 27, 2023
End:
December 3, 2023
Event Category:

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist