Memaparkan senarai takwim kejohanan memanah yang bakal berlangsung. Turut memaparkan kursus memanah, kejurulatihan, kehakiman dan yang berkaitan dengan sukan memanah di seluruh negara.
Sekiranya anda ingin memaklumkan tentang kejohanan atau kursus berkaitan memanah yang berlansung di tempat anda, sila klik di “Create an Event” untuk menyiarkan maklumat kejohanan atau kursus tersebut.
Akademi Memanah Tradisional Darul Ehsan dengan kerjasama Persatuan Memanah Kebangsaan (NAAM) akan menganjurkan Kursus Asas Kejurulatihan Memanah mengikut tentatif seperti berikut:
Tarikh: 20 – 21hb Jan 2024
Masa: 8.00am-6.00
Tempat: Dewan Seminar Ilmuan 3, UTM, Semarak, Kuala Lumpur
Perserta akan disediakan :-
Yuran Penyertaan adalah RM 280.00/orang dan hendaklah dibayar ke Acc No: Maybank (562508557154) Akademi Memanah
Tarikh tutup pendaftaran penyertaan adalah pada 9hb Januari 2024.
Bagi pendaftaran – UNTUK PENDAFTARAN KLIK DISINI
Tenaga Pengajar
Pihak persatuan menjemput kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai kursus tersebut. Sila lihat maklumat dan syarat-syarat untuk menyertai kursus ini seperti yang dilampirkan.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Penyelaras Kursus – KLIK DISINI
Peserta yang menghadiri kursus ini akan diberikan sijil penyertaan dan layak untuk menghadiri Kursus Kejurulatihan Memanah Tahap 1 anjuran NAAM.
Pendaftaran di sini – UNTUK PENDAFTARAN KLIK DISINI . Peserta yang mendaftar dan telah membuat pembayaran sebelum tarikh tutup sahaja akan diterima. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 9 Januari 2024.
Tidak ada mana-mana individu atau entiti termasuk penceramah yang hadir yang dibenarkan untuk merakam dan/atau menyiarkan secara elektronik sebarang bahagian acara tanpa persetujuan bertulis daripada Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM).
Rakaman yang tidak sah, antaranya termasuk dan tidak terhad kepada audio, video dan gambar semasa mana-mana sesi ceramah, poster, dan/atau bengkel yang dikendalikan oleh NAAM adalah dilarang sama sekali kecuali dengan kelulusan bertulis NAAM. Peserta dan/atau penceramah yang tidak mematuhi arahan mungkin diminta meninggalkan premis tersebut.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Penyelaras Kursus melalui aplikasi WhatsApp – KLIK DISINI