TAKWIM MEMANAH / ARCHERY EVENTS

Memaparkan senarai takwim kejohanan memanah yang bakal berlangsung. Turut memaparkan kursus memanah, kejurulatihan, kehakiman dan yang berkaitan dengan sukan memanah di seluruh negara.

Sekiranya anda ingin memaklumkan tentang kejohanan atau kursus berkaitan memanah yang berlansung di tempat anda, sila klik di “Create an Event” untuk menyiarkan maklumat kejohanan atau kursus tersebut.

Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Kejohanan Memanah Wanita Kebangsaan

November 24, 2022 - November 27, 2022

2022-malaysia-womens-archery-remote-scoring-challenge

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Memanah Negeri Pulau Pinang dengan kerjasama Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Memanah Wanita Kebangsaan Kali Ke-2. Oleh kerana kekangan yang disebabkan oleh pandemik Covid-19, Kejohanan Memanah Wanita Kebangsaan kali pertama telah diadakan secara atas talian (‘remote scoring’) pada 19-21 Mac 2021 yang lalu.

Pada tahun ini, Kejohanan Memanah Wanita Kebangsaan kali Kedua akan diadakan buat julung kalinya secara bersemuka khusus untuk wanita sahaja. Butiran kejohanan adalah seperti yang berikut :-

Tarikh : 24 hingga 27 November 2022
Tempat : Sekolah Kebangsaan Jalan Residensi, Georgetown, Pulau Pinang.

 

TARIKH PENTING

  • Tarikh mula pendafataran melalui MAREOS: 1 November 2022
  • Tarikh akhir pendaftaran melalui MAREOS: 18 November 2022
  • Tarikh akhir bayaran: 24 November 2022
  • Mesyuarat Pengurus Pasukan: 24 November 2022
  • Tarikh kejohanan: 24 – 27 November 2022

TENTATIF PROGRAM (TIDAK RASMI)\

  • Tempat pertandingan : SK Jalan Residensi, Georgetown, Pulau Pinang.
    Alamat pertandingan : Jalan Residensi, 10450 Georgetown, Pulau Pinang

24/11/2022 (KHAMIS)
– Latihan rasmi
– Pemeriksaan peralatan
– Mesyuarat pengurus pasukan
– Pengesahan pendaftaran

25/11/2022 (JUMAAT)
– Qualification Rounds
– Recurve, barebow & Compound Open

26/11/2022 (SABTU)
– Pusingan 50m x 2 bawah 15 tahun
– Pusingan 30m x 2 bawah 12 tahun
– Elimination Rounds Open Categories ( 1/16 to Final)

27/11/2022 (AHAD)
– Pusingan 30m x 2 bawah 15 tahun
– Pusingan 20m x 2 bawah 12 tahun

 

PENDAFTARAN
Semua pendaftaran peserta (pengurus, jurulatih dan atlet) hendaklah didaftarkan melalui Malaysia Archery Results & Entry Online System (MAREOS). Tiada pendaftaran secara manual yang diterima. Semua peserta perlu daftar masuk di MAREOS melalui https://mareos.masarchery.org/. Selepas daftar masuk, pilih kejohanan yang ingin didaftarkan. Hubungi pihak NAAM (events@masarchery.org) jika ada sebarang pertanyaan ataupun memerlukan bantuan mengenai MAREOS. Untuk pertanyaan mengenai Kejohana Wanita ke-2 sila hubungi pihak penganjur.

 

KATEGORI
Kategori bagi kejohanan ini adalah seperti berikut:
1. Recurve Wanita (16 ke atas) RW
2. Compound Wanita (terbuka) CW
3. Barebow Wanita (terbuka) BW
4. Recurve Women Under 15 (13 hingga 15 tahun) RW15
5. Recurve Girl Under 12 (9 hingga 12 tahun) RG12

PENYERTAAN
Tiada had penyertaan.
Pendaftaran lewat (selepas Tarikh tutup) atau pertukaran (selepas tarikh tutup) akandidenda mengikut kadar yang telah ditetapkan dan penganjur mempunyai hak untuk tidak menerima.

YURAN
Yuran penyertaan adalah seperti berikut
Pemanah Kategori Open : RM120.00/orang
Pemanah Kategori bawah 12 & 15 tahun : RM120.00/orang
Pegawai (Pengurus/ Jurulatih) : RM40.00/orang
Kadar denda/ penalti pendaftaran lewat/ pertukaran adalah sebanyak RM50.00/orang.

PERATURAN
Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang World Archery dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia. Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirnya, maka undang-undang WorldArchery yang terkini akan dipatuhi. Kejadian diluar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:-

Sebarang kejadian akan diputus berasaskan kepada Peraturan Pertandingan Memanah Wanita Kebangsaan.
Sebarang perselisihan teknikal akan diputus berasaskan kepada Undang-undang World Archery dan Pertandingan Memanah Wanita Kebangsaan.

Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Kejohananadalah muktamad.

Hanya Pengurus Pasukan sahaja dibenarkan membuat bantahan. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM300.00(Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja).

Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu ditolak atau didapati tidak wajar.

Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Pengurus Pertandingan dalam masa 15 minit selepas keputusan diumumkan.

Jarak yang akan dipertandingan adalah:

  • Recurve Open: 70m rounds + Individual elimination
  • Compound Open: 50m rounds + Individual elimination
  • Barebow Open: 50m rounds + Individual elimination
  • Bawah 15 tahun: Pusingan 1440 rounds (50m x 2 + 30m x 2)
  • Bawah 12 tahun: Pusingan 1440 rounds (30m x 2 + 20m x 2)

Target Face yang akan diguna pakai bagi adalah seperti berikut:

  • Recurve Open: 122cm full rings (1 – X)
  • Compound Open: 80cm 6 rings (5 – X)
  • Barebow Open: 122cm full rings (1 – X)
  • Bawah 15 tahun: 80cm full rings (1 – X)
  • Bawah 12 tahun: 80cm full rings (1 – X)

HADIAH
Pingat akan disediakan seperti berikut:-

GANTI RUGI
Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia dan Jawatankuasa Pengelola Pertandingan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang mungkin berlaku kepada mana-mana atlet dan pegawai semasa kejohanan ini berlangsung termasuklah perjalanan dari rumah/tempat pertandingan/rumah.

PERTANYAAN
Sebarang pertanyaan berhubung kejohanan bolehlah hubungi:

  • Salina Putriana binti Erierpius 011-71140371
  • Shamani Ganesen 017-4605671
  • Nurin Sofiya binti Ahmad Shukor 017-8008121

Details

Start:
November 24, 2022
End:
November 27, 2022
Event Categories:
,

Venue

Pulau Pinang
Pulau Pinang + Google Map

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist