Memaparkan senarai takwim kejohanan memanah yang bakal berlangsung. Turut memaparkan kursus memanah, kejurulatihan, kehakiman dan yang berkaitan dengan sukan memanah di seluruh negara.
Sekiranya anda ingin memaklumkan tentang kejohanan atau kursus berkaitan memanah yang berlansung di tempat anda, sila klik di “Create an Event” untuk menyiarkan maklumat kejohanan atau kursus tersebut.
Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan Kejohanan Memanah Wanita Kebangsaan 2023 kali Ke-3 pada dan tempat seperti berikut:
Tarikh : 16 – 19 Mac 2023
Tempat : Kompleks MSN Nilai, Negeri Sembilan.
Pihak persatuan dengan berbesar hati menjemput pihak Tuan untuk menghantar pasukan bagi menyertai kejohanan ini. Bersama-sama ini disertakan maklumat kejohanan yang berkenaan. Tarikh akhir pendaftaran di MAREOS adalah pada 3 Mac 2023.
Tarikh mula pendaftaran MAREOS: 10 Februari 2023
Tarikh akhir pendaftaran MAREOS: 3 Mac 2023
Tarikh akhir bayaran: 3 Mac 2023
Mesyuarat Pengurus Pasukan: 16 Mac 2023
Tarikh kejohanan: 16 – 19 Mac 2023
Venue pertandingan : Kompleks Sukan MSN Nilai, Negeri Sembilan.
16/03/2023 (Khamis)
– Latihan rasmi
– Pemeriksaan peralatan
– Mesyuarat pengurus pasukan
– Pengesahan pendaftaran
17/03/2023 (Jumaat)
– Qualification Rounds Recurve, Barebow & Compound Open
18/03/2023 (Sabtu)
– QR Pusingan 50m x 2 bawah 15 tahun
– QR Pusingan 30m x 2 bawah 12 tahun
– Elimination Rounds Open Categories (1/32 to Semi Final)
19/03/2023 (Ahad)
– QR Pusingan 30m x 2 bawah 15 tahun
– QR Pusingan 20m x 2 bawah 12 tahun
– Gold & Bronze Medal Matches for Open Categories
Semua pendaftaran peserta (pengurus, jurulatih dan atlet) hendaklah didaftarkan melalui Malaysia Archery Results & Entry Online System (MAREOS). Tiada pendaftaran secara manual yang diterima. Semua peserta perlu daftar masuk di MAREOS melalui https://mareos.masarchery.org/ dengan menggunakan alamat email dan kata laluan masing-masing. Selepas daftar masuk, pilih kejohanan yang ingin didaftarkan. Hubungi pihak NAAM (events@masarchery.org) jika ada sebarang pertanyaan ataupun memerlukan bantuan mengenai MAREOS. Untuk pertanyaan selain daripada MAREOS sila hubungi pihak penganjur.
Kategori bagi kejohanan ini adalah seperti berikut:
1. Recurve Wanita (16 tahun ke atas) RW
2. Compound Wanita (Terbuka) CW
3. BarebowWanita (Terbuka) BW
4. RecurveWomen Under 15 (13 tahun hingga 15 tahun) RW15
5. Recurve Girl Under 12 (9 tahun hingga 12 tahun) RG12
– Tiada had penyertaan.
– Pendaftaran lewat (selepas tarikh tutup) atau pertukaran (selepas tarikh tutup) akan didenda mengikut kadar yang telah ditetapkan dan penganjur mempunyai hak untuk tidak menerima.
Yuran penyertaan adalah seperti berikut
Pemanah Kategori Open: RM120.00/orang
Pemanah Kategori bawah 12 & 15 tahun: RM120.00/orang
Pegawai (Pengurus/ Jurulatih): RM40.00/orang
Kadar denda/ penalti pendaftaran atau pembayaran selepas tarikh tutup/ pertukaran adalah sebanyak RM30.00/orang.
– Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang World Archery dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia.
– Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirnya, maka undang-undang World Archery yang terkini akan dipatuhi.
– Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:
– Sebarang kejadian akan diputus berasaskan kepada Peraturan Pertandingan Memanah Wanita Kebangsaan
– Sebarang perselisihan teknikal akan diputus berasaskan kepada Undang-undang World Archery dan Pertandingan Memanah Wanita Kebangsaan
– Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Kejohanan adalah muktamad.
– Hanya Pengurus Pasukan sahaja dibenarkan membuat bantahan. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 300.00 (ringgit malaysia tiga ratus sahaja).
– Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu ditolak atau didapati tidak wajar.
– Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Pengurus Pertandingan dalam masa 15 minit selepas keputusan diumumkan.
Jarak yang akan dipertandingan adalah:
Target Face yang akan diguna pakai bagi adalah seperti berikut:
Sebarang pertanyaan berhubung kejohanan bolehlah hubungi: