TAKWIM MEMANAH / ARCHERY EVENTS
Memaparkan senarai takwim kejohanan memanah yang bakal berlangsung. Turut memaparkan kursus memanah, kejurulatihan, kehakiman dan yang berkaitan dengan sukan memanah di seluruh negara.

Kejohanan Memanah Terbuka SKBJ-BJWP 2024
Kelab SKBJ Wolfpack Archery dengan kerjasama BJ Wolfpack Archery & SK Bukit Jelutong akan menganjurkan Kejohanan Memanah Terbuka SKBJ-BJWP 2024.
Kejohanan ini akan berlangsung selama 3 hari bermula 26/1/2024 hingga 28/1/2024 di padang SK Bukit Jelutong.
Sebanyak 4 kategori Recurve akan dipertandingkan bagi pemanah lelaki dan perempuan, iaitu
- Pre Ecolier (Bawah-8 Tahun)
- Ecolier (Bawah-10 Tahun)
- Kid (Bawah-12 Tahun) dan
- Cadet (Bawah-14 Tahun).
Format pertandingan
🏹 Pusingan kelayakan sahaja
🏹 2 Round (6 End / Round)
🏹 180 saat setiap End
🏹 Jarak Pre Ecolier – 10m, Ecolier – 20m, Kid – 30m, Cadet – 40m
🏹 Semua kategori akan menggunakan target face 122cm
Hadiah yang ditawarkan bagi pemenang setiap kategori dari kedudukan 1 hingga 10 ialah pingat beserta sijil pencapaian.
Setiap peserta juga akan menerima e-cert sebagai sijil penyertaan.
Yuran penyertaan bagi setiap kategori ialah RM80 bagi setiap pemanah.
Link pendaftaran – PENDAFTARAN





