TAKWIM MEMANAH / ARCHERY EVENTS

Memaparkan senarai takwim kejohanan memanah yang bakal berlangsung. Turut memaparkan kursus memanah, kejurulatihan, kehakiman dan yang berkaitan dengan sukan memanah di seluruh negara.

Sekiranya anda ingin memaklumkan tentang kejohanan atau kursus berkaitan memanah yang berlansung di tempat anda, sila klik di “Create an Event” untuk menyiarkan maklumat kejohanan atau kursus tersebut.

Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Kejohanan Memanah Sirkit Kebangsaan 2023 Siri 2

October 18, 2023 - October 22, 2023

majlis sukan angkatan tentera

Persatuan Memanah Angkatan Tentera (PMATM) dengan kerjasama Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) sebagai pengajur bersama akan menganjurkan Kejohanan Memanah Sirkit Kebangsaan 2023 Siri 2 mengikut tentatif berikut:

Tarikh Kejohanan: 18 – 22 Oktober 2023
Tempat: Stadium Memanah Pengkalan TLDM Lumut, Perak

Bersama-sama ini disertakan maklumat kejohanan yang berkenaan.

Tarikh akhir pendaftaran di MAREOS adalah pada 4 Oktober 2023.

Muat turun surat dan maklumat kejohanan


TARIKH-TARIKH PENTING
Tarikh mula pendaftaran MAREOS: 1 September 2023
Tarikh akhir pendaftaran MAREOS: 4 Oktober 2023
Tarikh akhir bayaran: 18 Oktober 2023
Mesyuarat Pengurus Pasukan: 17 Oktober 2023
Tarikh Kejohanan:  18-22 Oktober 2023

TENTATIF PROGRAM (TIDAK RASMI)
Tempat pertandingan: Stadium Memanah Pangkalan TLDM Lumut, Perak

18/10/2023 (RABU)
Practice
Team Managers Meeting
Equipment Inspection
Compound Qualification Rounds

19/10/2023 (KHAMIS)
Compound 1/32 – Semi Finals
Recurve Qualification Rounds

20/10/2023 (JUMAAT)
Recurve 1/32 – Semi Finals
Recurve & Compound Team 1/8 – Semi Final

21/10/2023 (SABTU)
Recurve & Compound Mixed Team 1/8 – Semi Final
Compound Bronze and Gold Medal Matches

22/10/2023 (AHAD)
Recurve Bronze and Gold Medal Matches


PENDAFTARAN
Semua pendaftaran peserta (pengurus, jurulatih dan atlet) hendaklah didaftarkan melalui Malaysia Archery Results & Entry Online System (MAREOS). Tiada pendaftaran secara manual yang diterima. Ahli gabungan perlu daftar masuk di MAREOS melalui https://mareos.masarchery.org/ dengan menggunakan alamat email dan kata laluan yang telah ditetapakan oleh NAAM. Selepas daftarmasuk, pilih kejohanan yang ingin didaftarkan.

Hubungi pihak NAAM (events@masarchery.org) jika ada sebarang pertanyaan ataupun memerlukan bantuan mengenai MAREOS. Untuk pertanyaan selain daripada MAREOS sila hubungi pihak
penganjur.

KATEGORI
Kategori bagi kejohanan ini adalah seperti berikut:
1. Recurve Lelaki (umur dari 16 dan ke atas) RM
2. Recurve Wanita (umur dari 16 dan ke atas) RW
3. Compound Lelaki (umur dari 13 dan ke atas) CM
4. Compound Wanita (umur dari 13 dan ke atas) CW

YURAN
Yuran penyertaan adalah seperti berikut
Pemanah: RM150.00/orang
Pegawai (Pengurus/Jurulatih): RM40.00/orang
Kadar denda/ penalti pendaftaran lewat/ pertukaran adalah sebanyak RM20.00/orang.
Pertukaran atlet atas sebab kecederaan adalah dikecualikan daripada bayaran denda. Sila sertakan surat pengesahan daripada doktor perubatan.

PENYERTAAN
Penyertaan bagi kejohanan ini adalah terhad. Setiap pasukan boleh menghantar 32 orang atlet (8 RM, 8 RW, 8 CM, 8 CW). Walau bagaimanapun hanya 1 pasukan sahaja bagi setiap kategori dibenarkan untuk masuk ke acara berpasukan dan berpasukan campuran. Pegawai Pasukan di hadkan 6 orang bagi setiap pasukan. Setiap peserta haruslah didaftarkan atas nama pasukan negeri masing-masing. Selain daripada pasukan negeri, ATM, PDRM dan MASUM, pasukan projek khas NAAM/ MSNM sahaja akan dibenarkan masuk (jika ada).

Pendaftaran lewat (selepas Tarikh tutup) atau pertukaran (selepas tarikh tutup) akan didenda mengikut kadar yang telah ditetapkan dan penganjur mempunyai hak untuk tidak menerima.

PERATURAN
Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang World Archery dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia. Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirnya, maka undang-undang World Archery yang terkini akan dipatuhi.

Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:
1. Sebarang kejadian akan diputus berasaskan kepada Peraturan Pertandingan Memanah Kebangsaan.
2. Sebarang perselisihan tekinikal akan diputus berasaskan kepada Undang-undang World Archery dan Pertandingan Memanah Kebangsaan.
3. Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankausa Teknikal dan Pertandingan Kejohanan adalah muktamad.

Hanya Pengurus Pasukan sahaja dibenarkan membuat bantahan. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja).
Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu ditolak atau didapati tidak wajar.
Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Pengurus Pertandingan dalam masa 15 minit selepas keputusan diumumkan.

JARAK
Jarak yang akan dipertandingan adalah:
Recurve: 70m Rounds
Compound: 50m Rounds

Individu: 1/32 rounds
Berpasukan: 1/8 rounds

Target Face yang akan diguna pakai adalah:
Recurve: Outdoor 122cm Face (1 – X)
Compound: Outdoor 80cm Face 6 rings (5 – X)

PENGINAPAN
Pihak penganjur tidak menyediakan penginapan. Segala urusan adalah di bawah tanggungjawab pasukan masing-masing.
Sekiranya ingin menempah penginapan di dalam kem, caj yang dikenakan adalah sebanyak RM5.00/orang/hari. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Encik Muhamad Helmi bin Zainol Abidin  di nombor 011-39533436.

GANTI RUGI
Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia dan Jawatankuasa Pengelola Pertandingan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang mungkin berlaku kepada mana-mana atlet dan pegawai semasa kejohanan ini berlangsung termasuklah perjalanan dari rumah – tempat pertandingan – rumah.

HUBUNGI PENGANJUR
Untuk sebarang pertanyaan sila berhubung dengan pegawai kejohanan berikut:
1. Encik Muhamad Helmi bin Zainol Abidin – 011-39533436
2. Encik Muhammad Alif bin Samsuddin – 017-5887285

Details

Start:
October 18, 2023
End:
October 22, 2023
Event Category:

Venue

Stadium Memanah Pengkalan TLDM
Stadium Tertutup Memanah
Lumut, Perak 32200
+ Google Map

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist