TAKWIM MEMANAH / ARCHERY EVENTS

Memaparkan senarai takwim kejohanan memanah yang bakal berlangsung. Turut memaparkan kursus memanah, kejurulatihan, kehakiman dan yang berkaitan dengan sukan memanah di seluruh negara.

Sekiranya anda ingin memaklumkan tentang kejohanan atau kursus berkaitan memanah yang berlansung di tempat anda, sila klik di “Create an Event” untuk menyiarkan maklumat kejohanan atau kursus tersebut.

Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan Siri 2/2022

December 14, 2022 - December 18, 2022

sirkit remaja kebangsaan 2022

logo remaja kebangsaan 2022Persatuan Memanah Selangor (SELAR) dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) sebagai penganjur bersama, akan menganjurkan Kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan Siri 2/2022 mengikut tentatif seperti berikut:

Tarikh : 14 hingga 18 Disember 2022.
Lokasi : IPG Kampus Pendidikan Islam, Bandar Baru Bangi, Selangor

MAKLUMAT KEJOHANAN MEMANAH REMAJA KEBANGSAAN SIRI 2/2022
Anjuran Persatuan Memanah Selangor (SELAR) & Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) dengan Kerjasama Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS)

 

TARIKH PENTING
Tarikh mula pendaftaran MAREOS: 14 November 2022
Tarikh akhir pendaftaran MAREOS: 30 November 2022
Tarikh akhir bayaran: 07 Disember 2022
Mesyuarat Pengurus Pasukan: 14 Disember 2022
Tarikh kejohanan: 14 – 18 Disember 2022

PENDAFTARAN
Semua pendaftaran peserta (pengurus, jurulatih dan atlet) hendaklah didaftarkan melalui Malaysia Archery Results & Entry Online System (MAREOS). Tiada pendaftaran secara manual yang diterima.

Ahli gabungan perlu daftar masuk di MAREOS melalui https://mareos.masarchery.org/ dengan menggunakan alamat email dan kata laluan yang telah ditetapkan oleh NAAM.

Hubungi pihak NAAM, events@masarchery.org, jika ada sebarang pertanyaan ataupun memerlukan bantuan mengenai MAREOS. Untuk pertanyaan selain daripada MAREOS sila hubungi pihak penganjur.

KATEGORI
Kategori bagi kejohanan ini adalah seperti berikut:
a. Recurve Lelaki RM21 dan Wanita RW21 bawah umur 21 hingga 15 tahun (tahun lahir : 2001 hingga 2007).
b. Compound Lelaki CM21 dan Wanita CW21 bawah umur 21 hingga 13 tahun (tahun lahir 2001 hingga 2009).

PENYERTAAN
Penyertaan bagi kejohanan ini adalah terhad. Setiap pasukan boleh menghantar 32 orang atlet (8 x RM21, 8 x RW21, 8 x CM21, dan 8 x CW21) dan 10 x pegawai. Setiap peserta hendaklah didaftarkan atas nama pasukan Negeri / Ahli Gabungan masing-masing. Selain daripada pasukan negeri, ATM, PDRM dan MASUM, pasukan projek khas NAAM/Majlis Sukan Negara (MSN) sahaja akan dibenarkan masuk (jika ada).

Details

Start:
December 14, 2022
End:
December 18, 2022
Event Category:

Venue

IPG Kampus Pendidikan Islam
Bandar Baru Bangi, Selangor + Google Map

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist