TAKWIM MEMANAH / ARCHERY EVENTS

Memaparkan senarai takwim kejohanan memanah yang bakal berlangsung. Turut memaparkan kursus memanah, kejurulatihan, kehakiman dan yang berkaitan dengan sukan memanah di seluruh negara.

Sekiranya anda ingin memaklumkan tentang kejohanan atau kursus berkaitan memanah yang berlansung di tempat anda, sila klik di “Create an Event” untuk menyiarkan maklumat kejohanan atau kursus tersebut.

Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Kejohanan Memanah Remaja Kebangsaan 2023 Siri 2

September 13, 2023 - September 17, 2023

Persatuan Memanah Selangor (SELAR) dengan kerjasama Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) dan Majlis Sukan Negeri Selangor (MSNS) akan menganjurkan Kejohanan Memanah Sirkit Remaja Kebangsaan 2023, Siri 2, seperti berikut:

Tarikh: 13 hingga 17 September 2023
Tempat: Institut Pendidiikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam, Bandar Baru Bangi, Selangor

TARIKH PENTING

Tarikh mula pendafataran MAREOS: 01 OGOS 2023
Tarikh akhir pendaftaran MAREOS: 07 SEPTEMBER 2023
Tarikh akhir bayaran: 13 SEPTEMBER 2023
Tarikh kejohanan: 13 – 17 SEPTEMBER 2023

TENTATIF PROGRAM (TIDAK RASMI)

13/09/2023 (Rabu)
Practice
Team Managers Meeting
Equipment Inspection
Recurve Under 21 70m Rounds

14/09/2023 (Khamis)
Recurve Individual Elimination Rounds 1/32 – Semi Final
Compound Under 21 50m Rounds

15/09/2023 (Jumaat)
Compound Individual Elimination Rounds 1/32 – Semi Final
Recurve & Compound Mixed Team Elimination Rounds 1/8 – Semi Final

16/09/2023 (Sabtu)
Recurve and Compound Team Elimination Rounds 1/8 – Semi Final
Bronze and Gold Medal Matches Compound

17/09/2023 (Ahad)
Bronze and Gold Medal Matches Recurve

PENDAFTARAN
Semua pendaftaran peserta (pengurus, jurulatih dan atlet) hendaklah didaftarkan melalui Malaysia Archery Results & Entry Online System (MAREOS). Tiada pendaftaran secara manual yang diterima. Ahli gabungan perlu daftar masuk di MAREOS melalui https://mareos.masarchery.org/ dengan menggunakan alamat email dan kata laluan yang telah ditetapkan oleh NAAM.

Selepas daftar masuk, pilih kejohanan yang ingin didaftarkan. Hubungi pihak NAAM (events@masarchery.org) jika ada sebarang pertanyaan ataupun memerlukan bantuan mengenai MAREOS. Untuk pertanyaan selain daripada MAREOS sila hubungi pihak penganjur.

KATEGORI
Kategori bagi kejohanan ini adalah seperti berikut:
1. Recurve lelaki U21 (umur dari 16 hingga 21 tahun) RM21
2. Recurve wanita U21 (umur dari 16 hingga 21 tahun) RW21
3. Compound lelaki U21 (umur dari 13 hingga 21 tahun) CM21
4. Compound wanita U21 (umur dari 13 hingga 21 tahun) CW21

PENYERTAAN
Penyertaan bagi kejohanan ini adalah terhad. Setiap pasukan boleh menghantar 32 orang atlet (8 RM21, 8 RW21, 8 CM21, 8 CW21). Walau bagaimanapun hanya 1 pasukan sahaja bagi setiap kategori dibenarkan untuk masuk ke acara berpasukan dan berpasukan campuran. Pegawai Pasukan dihadkan 6 orang bagi setiap pasukan. Setiap peserta haruslah didaftarkan atas nama pasukan negeri masingmasing.

Selain daripada pasukan negeri, ATM, PDRM dan MASUM, pasukan projek khas NAAM/MSNM sahaja akan dibenarkan masuk (jika ada).

Pendaftaran lewat (selepas tarikh tutup) atau pertukaran (selepas tarikh tutup) akan didenda mengikut kadar yang telah ditetapkan dan penganjur mempunyai hak untuk tidak menerima.

YURAN
Yuran penyertaan adalah seperti berikut
Pemanah : RM150.00/orang
Pegawai (Pengurus/ Jurulatih) : RM40.00/orang
Kadar denda/ penalti pendaftaran lewat/ pertukaran adalah sebanyak RM50.00/orang.

PERATURAN
Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang World Archery dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia.

Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirnya, maka undang-undang World Archery yang terkini akan dipatuhi.

Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:
– Sebarang kejadian akan diputus berasaskan kepada Peraturan Pertandingan Memanah Remaja Kebangsaan.
– Sebarang perselisihan tekinikal akan diputus berasaskan kepada Undang-undang World Archery dan Pertandingan Memanah Remaja Kebangsaan.
– Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Kejohanan adalah muktamad.

Hanya Pengurus Pasukan sahaja dibenarkan membuat bantahan. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM300.00 (Ringgit Malaysia Tiga Ratus Sahaja).

Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu ditolak atau didapati tidak wajar.

Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Pengurus Pertandingan dalam masa 15 minit selepas keputusan diumumkan.

Jarak yang akan dipertandingan adalah:
Recurve Under 21 : 70m Rounds
Compound Under 21 : 50m Rounds

Target Face yang akan diguna pakai adalah:
Recurve Under 21 : Outdoor 122cm Face (1 – X)
Compound Under 21 : Outdoor 80cm Face 6 rings (5 – X)

GANTI RUGI/DISCLAIMER
Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia dan Jawatankuasa Pengelola Pertandingan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang mungkin berlaku kepada mana -mana atlet dan pegawai semasa kejohanan ini berlangsung termasuklah perjalanan dari rumah/tempat pertandingan/ rumah.

Details

Start:
September 13, 2023
End:
September 17, 2023
Event Category:

Venue

IPG Kampus Pendidikan Islam
Bandar Baru Bangi, Selangor + Google Map

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist