TAKWIM MEMANAH / ARCHERY EVENTS

Memaparkan senarai takwim kejohanan memanah yang bakal berlangsung. Turut memaparkan kursus memanah, kejurulatihan, kehakiman dan yang berkaitan dengan sukan memanah di seluruh negara.

Sekiranya anda ingin memaklumkan tentang kejohanan atau kursus berkaitan memanah yang berlansung di tempat anda, sila klik di “Create an Event” untuk menyiarkan maklumat kejohanan atau kursus tersebut.

Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Kejohanan Memanah Kebangsaan Bawah 12 & 15 Tahun 2023 Kali Ke-1

June 23, 2023 - June 25, 2023

NAAM Logo - long

Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan kejohanan tersebut pada dan tempat seperti berikut:

Tarikh : 23 HINGGA 25 JUN 2023
Tempat : SMK DESA PERDANA, TAMAN DESA, KUALA LUMPUR

Pihak persatuan dengan berbesar hati menjemput pihak Tuan untuk menghantar pasukan bagi menyertai kejohanan ini. Bersama-sama ini disertakan maklumat kejohanan yang berkenaan.
Tarikh akhir pendaftaran di MAREOS adalah pada 16 Jun 2023.

Muat turun surat dan maklumat kejohanan

 

TARIKH-TARIKH PENTING
Tarikh mula pendafataranMAREOS : 1 APRIL 2023
Tarikh akhir pendaftaranMAREOS : 16 JUN 2023
Tarikh akhir bayaran : 16 JUN 2023
Mesyuarat Pengurus Pasukan : 22 JUN 2023 (9:00 MALAM, GOOGLE MEET)
Tarikh kejohanan : 23 – 25 JUN 2023

TENTATIF PROGRAM (TIDAK RASMI)
Tempat pertandingan : SMK Desa Perdana, 30, Jalan Desa Mesra, Taman Desa, Kuala Lumpur

23/06/2023 (JUMAAT)
Latihan rasmi
Pemeriksaan peralatan
Mesyuarat pengurus pasukan
Pengesahan pendaftaran

24/06/2023 (SABTU)
Pusingan 50m x 2 bawah 15 tahun
Pusingan 30m x 2 bawah 12 tahun

25/06/2023 (AHAD)
Pusingan 30m x 2 bawah 15 tahun
Pusingan 20m x 2 bawah 12 tahun

PENDAFTARAN
Semua pendaftaran peserta (pengurus, jurulatih dan atlet) hendaklah didaftarkan melalui Malaysia Archery Results & Entry Online System (MAREOS). Tiada pendaftaran secara manual yang diterima. Ahli gabungan perlu daftar masuk di MAREOS melalui https://mareos.masarchery.org/ dengan menggunakan alamat email dan kata laluan yang telah ditetapakan oleh NAAM. Selepas daftarmasuk, pilih kejohanan yang ingin didaftarkan.

Hubungi pihak NAAM (events@masarchery.org) jika ada sebarang pertanyaan ataupun memerlukan bantuan mengenai MAREOS. Untuk pertanyaan selain daripada MAREOS sila hubungi pihak
penganjur.

KATEGORI
Kategori bagi kejohanan ini adalah seperti berikut:
1. Recurve lelaki bawah 15 tahun (umur dari 13 hingga 15 tahun) RM15
2. Recurve wanita bawah 15 tahun (umur dari 13 hingga 15 tahun) RW15
3. Recurve lelaki bawah 12 tahun (umur dari 10 hingga 12 tahun) RB12
4. Recurve wanita bawah 12 tahun (umur dari 10 hingga 12 tahun) RG12

Jarak yang akan dipertandingan adalah:
Bawah 15 tahun : Pusingan 1440 rounds (50m x 2 + 30m x 2)
Bawah 12 tahun : Pusingan 1440 rounds (30m x 2 + 20m x 2)
Target Face yang akan diguna pakai bagi semua jarak adalah 80cm 6 rings (5 – X).

YURAN
Yuran penyertaan adalah seperti berikut
Pemanah : RM100.00/orang
Pegawai (Pengurus/ Jurulatih) : RM40.00/orang
Kadar denda/ penalti pendaftaran lewat/ pertukaran adalah sebanyak RM50.00/orang.

PENYERTAAN
Penyertaan bagi kejohanan ini adalah terhad. Setiap pasukan boleh menghantar 32 orang atlet (8 RM15, 8 RW15, 8 RB12, 8 RG12). Setiap peserta haruslah didaftarkan atas nama pasukan negeri masing-masing. Selain daripada pasukan negeri, ATM, PDRM dan MASUM, pasukan projek khas NAAM/ MSNMsahaja akan dibenarkan masuk (jika ada).

Details

Start:
June 23, 2023
End:
June 25, 2023
Event Category:

Venue

SMK Desa Perdana
Taman Desa Kuala Lumpur + Google Map

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist