Memaparkan senarai takwim kejohanan memanah yang bakal berlangsung. Turut memaparkan kursus memanah, kejurulatihan, kehakiman dan yang berkaitan dengan sukan memanah di seluruh negara.
Sekiranya anda ingin memaklumkan tentang kejohanan atau kursus berkaitan memanah yang berlansung di tempat anda, sila klik di “Create an Event” untuk menyiarkan maklumat kejohanan atau kursus tersebut.
1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut Undang-undang World Archery Federation (WA) dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM).
1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirnya, maka Undang-Undang World Archery (WA) yang terkini akan dipatuhi.
1.3 Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut :-
1.3.1 Sebarang kejadian akan diputus berasaskan kepada PERATURAN PERTANDINGAN MEMANAH KARNIVAL BAKAT KEBANGSAAN SIRI 1/2023.
1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputus berasaskan kepada Undang-undang World Archery Federation (WA) dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM).
1.4 Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan Memanah Karnival Bakat Kebangsaan Siri 1/2023 adalah Muktamad.
Pendaftaran MAREOS: 1 Jun 2023
Tarikh Tutup Pendaftaran: 05 Jun 2023
Mesyuarat Pengurus Pasukan: 15 Jun 2023
Pertandingan: 15 – 18 Jun 2023
Venue pertandingan akan dijalankan di Padang Sintetik A & B, Pavillion MSN, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
4.1 Terbuka kepada semua atlet Program Bakat (13-15 tahun) dalam Kategori II dan (16-17 tahun) dalam Kategori I. Penyertaan adalah terhad
kepada semua atlet yang terlibat dalam program latihan Pusat Latihan Daerah (PLD) dan Pusat Latihan Negeri (PLN) di bawah Program Bakat
dan Pelapis Negeri.
4.2 Setiap pasukan boleh mendaftarkan DUA (2) pasukan lelaki dan DUA (2) pasukan wanita bagi setiap kategori.
4.3 Setiap pasukan hanya boleh menyenaraikan 3 pegawai/jurulatih termasuk seorang pegawai pengiring jika terdapat atlet wanita.