TAKWIM MEMANAH / ARCHERY EVENTS

Memaparkan senarai takwim kejohanan memanah yang bakal berlangsung. Turut memaparkan kursus memanah, kejurulatihan, kehakiman dan yang berkaitan dengan sukan memanah di seluruh negara.

Sekiranya anda ingin memaklumkan tentang kejohanan atau kursus berkaitan memanah yang berlansung di tempat anda, sila klik di “Create an Event” untuk menyiarkan maklumat kejohanan atau kursus tersebut.

Loading Events

« All Events

  • This event has passed.

Fraser’s Hill 1st National Field Archery Championship 2023

November 17, 2023 - November 19, 2023

FRASER’S HILL 1ST NATIONAL FIELD ARCHERY CHAMPIONSHIP 2023

Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan kejohanan memanah “field archery” buat julung kalinya pada 17 hingga 19 November 2023 bertempat di Fraser’s Hill Golf Club, Fraser’s Hill, Pahang.

Dijemput pemanah-pemanah yang berminat untuk mengambil bahagian dalam kejohanan ini. Maklumat lengkap berkaitan kejohanan tersebut adalah seperti yang dilampirkan.

TARIKH-TARIKH PENTING
Tarikh mula pendafataran MAREOS: 9 OKTOBER 2023
Tarikh akhir pendaftaran MAREOS: 3 NOVEMBER 2023
Tarikh akhir bayaran: 3 NOVEMBER 2023
Mesyuarat Pengurus Pasukan: 17 NOVEMBER 2023
Tarikh kejohanan: 17–19 NOVEMBER 2023

MUAT TURUN SURAT JEMPUTAN DAN MAKLUMAT KEJOHANAN

 

TENTATIF PROGRAM (TIDAK RASMI)
Tempat pertandingan: Fraser’s Hill Golf Club, Fraser’s Hill, Pahang

17/11/2023 (Jumaat)
Practice
Team Managers Meeting
Equipment Inspection

18/11/2023 (Sabtu)
Marked Qualification Rounds for categories RM+RW+CM+CW+BM+BW

19/11/2023 (Ahad)
Marked Qualification Rounds for categories RU15B+RU15G+RU12B+RU12G

PENDAFTARAN
Semua pendaftaran peserta (pengurus, jurulatih dan atlet) hendaklah didaftarkan melalui Malaysia Archery Results & Entry Online System (MAREOS). Tiada pendaftaran secara manual yang diterima. Setiap pasukan (negeri/kelab/individu) perlu daftar masuk di MAREOS melalui https://mareos.masarchery.org/ dengan menggunakan id dan kata laluan yang telah ditetapkan sendiri. Selepas daftar masuk, pilih kejohanan yang ingin didaftarkan.

Hubungi pihak NAAM (events@masarchery.org) jika ada sebarang pertanyaan ataupun memerlukan bantuan mengenai MAREOS. Untuk pertanyaan selain daripada MAREOS sila hubungi pihak
penganjur.

KATEGORI
Recurve Men RM
Recurve Women RW
Compound Men CM
Compound Women CW
Barebow Men BM
Barebow Women BW
Recurve Master Men RMM
Recurve Master Women RMW
Compound Master Men CMM
Compound Master Women CMW
Barebow Master Men BMM
Barebow Master Women BMW
Recurve Under 15 Boy RU15B
Recurve Under 15 Girl RU15G
Recurve Under 12 Boy RU12B
Recurve Under 12 Girl RU12G

PENYERTAAN
Penyertaan bagi kejohanan ini adalah terbuka.
Pendaftaran lewat (selepas Tarikh tutup) atau pertukaran (selepas tarikh tutup) akan didenda mengikut kadar yang telah ditetapkan dan penganjur mempunyai hak untuk tidak menerima.

YURAN
Yuran penyertaan adalah seperti berikut:

Pemanah
RM/RW/CM/CW/BM/BW: RM130.00/orang
RU15B/RU15G/RU12B/RU12G: RM100.00/orang

Pegawai
Pengurus/Jurulatih: RM30.00/orang
Kadar denda/ penalti pendaftaran lewat/ pertukaran adalah sebanyak RM50.00/orang.
Sekiranya ada yang menarik diri selepas tarikh tutup, yuran penyertaan tidak akan dikembalikan.

PERATURAN
Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, pertandingan ini akan dijalankan mengikut undang-undang World Archery dan Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia.
Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsirnya, maka undang-undang World Archery yang terkini akan dipatuhi.

Kejadian di luar dugaan dan tidak dinyatakan dalam peraturan berkenaan akan diputuskan seperti berikut:
– Sebarang kejadian akan diputus berasaskan kepada Peraturan Pertandingan Memanah Kebangsaan.
– Sebarang perselisihan tekinikal akan diputus berasaskan kepada Undang-undang World Archery dan Pertandingan Memanah Kebangsaan.

Sebarang keputusan yang dibuat oleh Jawatankausa Teknikal dan Pertandingan Kejohanan adalah muktamad.

Hanya Pengurus Pasukan sahaja dibenarkan membuat bantahan. Bantahan hendaklah dibuat secara bertulis dan disertakan dengan wang pertaruhan sebanyak RM 300.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Ratus Sahaja).

Wang pertaruhan akan luput jika bantahan yang dikemukakan itu ditolak atau didapati tidak wajar.

Setiap bantahan hendaklah dihantar kepada Pengurus Pertandingan dalam masa 15 minit selepas keputusan diumumkan.

FORMAT PERTANDINGAN
Format yang akan dipertandingkan adalah Marked Qualification Round.
Bagi kategori RM, RW, CM, CW, BM, BW, RMM, RMW, CMM, CMW, BMM, BMW, jumlah target adalah 24 target dan akan memanah 3 batang setiap target.
Bagi kategori RU15B, RU15G, RU12B, RU12G, jumlah target adalah 12 target dan akan memanah 3 batang setiap target.

HADIAH
Pingat akan disediakan seperti berikut:

pingat field archery 2023

 

GANTI RUGI
Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia dan Jawatankuasa Pengelola Pertandingan tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kemalangan atau kecelakaan yang mungkin berlaku kepada mana-mana atlet dan pegawai semasa kejohanan ini berlangsung termasuklah perjalanan dari rumah/ tempat pertandingan/ rumah.

HUBUNGI KAMI
Encik Fauzy Musa : +6019-691 2529

PENGINAPAN
1. Puncak Inn Hotel
Bukit Fraser, 49000 Fraser’s Hill, Pahang.
09-3622007
77 meters to venue (walking distance)

2. Shahzan Inn Fraser’s Hill
Shahzan Inn Fraser’s Hill, Jalan Lady Guillemard, 49000 Bukit Fraser, Pahang.
http://www.shahzaninn-fraserhill.com/
09-3622300
160 meters to venue (walking distance)

3. Puncak Inn Aprtment
Bukit Fraser, 49000 Fraser’s Hill, Pahang.
09-3622007
Studio, 2 Bedrooms and 3 Bedrooms types
1.1 km to venue

4. The Cottage (Bungalow)
Bukit Fraser, 49000 Fraser’s Hill, Pahang
09-3622007
8 pax
300 meters to venue

5. The Pines @ Fraser’s Hill
Jalan Pecah Batu, Bukit Fraser, 49000 Bukit Fraser, Pahang.
0378043422
1.3 km from venue

Details

Start:
November 17, 2023
End:
November 19, 2023
Event Category:

Venue

Fraser’s Hill Golf Club
Fraser’s Hill, + Google Map

Welcome Back!

Login to your account below

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Add New Playlist