Penganjur
Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia dan Persatuan Memanah Negeri Pulau Pinang
Muat Turun/Download Maklumat Kejohanan
Maklumat Kejohanan
Pendaftaran
Sila buat pendaftaran di laman Open MAREOS http://www.mareos.masarchery.org
Jika belum mendaftar Open MAREOS, sila click new archer untuk pendaftaran baru.
Tarikh Kejohanan
19 hingga 21 Mac 2021
Masa
8 pagi (19/3/2021) hingga 7 petang (21/3/2021)
Matlamat
Banyak pertandingan telah dibatalkan kerana COVID-19 tahun ini. Kejohanan in khas untuk PEMANAH WANITA sahaja. Kami akan mengadakan pertandingan ini supaya banyak pemanah dapat menikmati aktiviti memanah dan bergaul dengan orang lain dari jauh.
Venue
Boleh memanah dari rumah / kelab atau premis latihan masing-masing. Sekiranya dibuat di premis latihan dan mempunyai ramai penyertaan, sila patuhi SOP penjarakan fizikal yang telah ditetapkan.
Kelayakan Penyertaan
Terbuka kepada seluruh pemanah wanita di seluruh negara.
Acara
Individu sahaja
ACARA | KOD | JARAK | TARGET FACE |
---|---|---|---|
Compound Women Open | CW | 18m | Compound Triple Spot (Vertical) Target Face |
Recurve Women Open | RW | 18m | Recurve Triple Spot (Vertical) Target Face |
Recurve Women Under-15 | RCW | 18m | Recurve Triple Spot (Vertical) Target Face |
Barebow Women Open | BW | 18m | Single Spot 40cm Target Face |
Recurve Girl Under-12 | RG | 18m | Single Spot 40cm Target Face |
Had Penyertaan
Tiada had penyertaan.
Yuran
Tiada yuran dikenakan.
Pendaftaran
- Sila buat pendaftaran di laman Open MAREOS http://www.mareos.masarchery.org
- Jika belum mendaftar Open MAREOS, sila click new archer untuk pendaftaran baru.
Tarikh tutup
15 Mac 2021 jam 5.00pm
Hadiah & Anugerah
Semua peserta akan menerima sijil penyertaan digital.
Sijil pencapaian (digital) akan diberikan kepada kedudukan 1 hingga 3 bagi setiap kategori.
Pemenang bagi setiap kategori kedudukan 1 hingga 3 akan menerima Baucer daripada LA Sports seperti di bawah:
KATEGORI | PERTAMA | KEDUA | KETIGA |
---|---|---|---|
Recurve Women | RM90 | RM70 | RM40 |
Compound Women | RM90 | RM70 | RM40 |
Barebow Women | RM90 | RM70 | RM40 |
Recurve Women Under 15 | RM90 | RM70 | RM40 |
Recurve Girl Under 12 | RM90 | RM70 | RM40 |
Langkah-langkah Pemarkahan
- Muat turun aplikasi IANSEO SCORE KEEPER dalam smartphone anda.
- Skor kad anda akan dimuat-naik di ianseo (https://www.ianseo.net/Details.php?toid=8142) selepas tarikh tutup mengikut kategori masing-masing. Sila cetak skor kad tersebut untuk scoring secara manual. Untuk scoring di telefon pintar anda, sila imbas QR kod yang ada pada skor kad.
- Selepas selesai scoring sila emailkan skor kad anda dalam bentuk PDF atau gambar sebelum atau pada jam 7.00malam (21/3/2021) ke:
Recurve Women: fml@upm.edu.my
Compound Women: gejetto@gmail.com
Barebow Women: zulizziam@gmail.com
Recurve Women Under 15: crazetech@gmail.com
Recurve Women Under 12: yyakimin@gmail.com
- Ringkasan langkah yang perlu anda lakukan sebagai peserta.
- Muat turun Ianseo Scorekeeper
- Muat turun skor kad anda.
-
- Scoring secara manual MESTI dicatatkan di dalam skor kad anda.
- Online Scoring” menggunakan aplikasi Ianseo Scorekeeper
- Email skor kad manual anda.
- Status skor rasmi anda adalah tertakluk ke atas peraturan di bawah :
NO | SCORING MANUAL | SCORING APLIKASI | EMAIL BUKTI SCORE CARD | STATUS SCORE |
---|---|---|---|---|
1 | YA | YA | YA | OK! |
2 | YA | TIDAK | YA | DNF |
3 | YA | YA | TIDAK | DNF |
4 | TIDAK | YA | TIDAK | DNF |
*DNF : Did Not Finish
- Sila ikuti langkah-langkah ini dengan teliti bagi mengelak sebarang kesulitan di pihak penganjur dan peserta lain. Sebarang kelewatan pengisian markah atau emel bukti skor tidak akan di layan.
- Keputusan rasmi akan dikeluarkan pada jam 9.00 malam 21 Mac 2021. Keputusan boleh di lihat di https://www.ianseo.net/Details.php?toid=8142
Peraturan dan Etika
- Kejohanan ini bukan kejohanan rasmi. Semua rekod yang terhasil dari kejohanan ini tidak layak untuk sebarang pengiktirafan.
- Memanah dari tempat anda sendiri. Jika anda memanah di lapang sasar negeri atau Persatuan atau kelab atau di mana-mana tempat yang memerlukan kebenaran, anda harus memastikan bahawa anda telah mendapat kebenaran dari pihak yang berkenaan.
- Sila patuhi jarak dan target face mengikut kategori anda dan juga tarikh dan masa yang telah ditetapkan
- Tiada Hakim yang akan bertugas semasa permarkahan dijalankan. Oleh itu, keikhlasan dan kejujuran setiap peserta sangat dihargai untuk memastikan permarkahan yang adil dan saksama.
- Patuhi SOP Covid-19 yang telah ditetapkan. Bersama kita putuskan rantaian Covid-19. Pihak penganjur tidak bertanggungjawab terhadap sebarang perlanggaran SOP Covid-19 oleh para peserta.
- Kongsikan gambar anda dalam laman sosial media (facebook/Instagram/twitter) menggunakan #wars2021.
Pertanyaan
CIK SALINA PUTRIANA BINTI ERIERPIUS: 012-8188012
EN MUKRIZ MOHAMED: 013-3525586
EN MUHAMMAD ZUL IZZI AB MANAFF: 019-3941984