Memaparkan senarai takwim kejohanan memanah yang bakal berlangsung. Turut memaparkan kursus memanah, kejurulatihan, kehakiman dan yang berkaitan dengan sukan memanah di seluruh negara.
Sekiranya anda ingin memaklumkan tentang kejohanan atau kursus berkaitan memanah yang berlansung di tempat anda, sila klik di “Create an Event” untuk menyiarkan maklumat kejohanan atau kursus tersebut.
Di atas kekangan dan pembatalan beberapa kejohanan dan pertandingan disebabkan penularan COVID-19, kami pihak persatuan telah terpanggil untuk melakukan beberapa inisiatif. Sehubungan itu, pihak kami menganjurkan pertandingan ini supaya ramai pemanah di Malaysia dapat meneruskan aktiviti memanah di samping menjalankan latihan meskipun di rumah dan secara tidak langsung dapat bergaul dengan orang dan mengeratkan silaturahim sesama kita walaupun berjauhan.
Penganjur
Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia
Tarikh
Tarikh pendaftaran dibuka : 10 Ogos 2021
Tarikh pendaftaran ditutup : 10 September 2021
Tarikh kejohanan : 16 – 19 September 2021
Masa Kejohanan
8:30 pagi (16 September 2021) hingga 6:30 petang (19 September 2021).
Venue
Memanah dari rumah/ kelab atau premis latihan masing-masing (utamakan keselamatan pada setiap masa). Sekiranya dibuat di premis latihan dan mempunyai ramai penyertaan, sila patuhi semua SOP Perintah Kawalan Pergerakan terkini di kawasan anda serta penjarakan fizikal yang telah ditetapkan oleh MKN.
Kelayakan Penyertaan
Terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.
Muat turun Maklumat Kejohanan
Klik disini untuk muat turun
Kategori & Acara
Individu sahaja
Had Penyertaan
Tiada had penyertaan.
Yuran
RM60.00 seorang (termasuk kos penghantaran).
Pendaftaran
Pendaftaran boleh dibuat di https://mareos.masarchery.org (OPEN MAREOS). *Sila kemaskini alamat semasa.
Hadiah
1. Peserta akan menerima:
– Sijil Penyertaan Digital
– Sehelai T-Shirt Exclusive (Sila lihat ukuran saiz baju yang diberikan)
– Medal Exclusive
2. Sijil penyertaan digital akan diberikan melalui email.
3. Medal dan T-shirt akan di pos kepada peserta (berdasarkan alamat di dalam sistem MAREOS) mulai 10 Oktober 2021.
Langkah-langkah Pemarkahan
1. Muat turun aplikasi IANSEO SCOREKEEPER dalam smartphone anda.
a. Ianseo Scorekeeper for iOS
b. Ianseo Scorekeeper for Android
2. Skor kad anda akan dimuat-naik di ianseo http://www.ianseo.net/Details.php?toid=9030 selepas tarikh tutup mengikut kategori masing-masing. Sila print skor kad tersebut untuk scoring secara manual. Untuk scoring di smartphone anda sila imbas QR kod yang ada pada skor kad anda.
3. Sila gunakan target face dan memanah pada jarak yang telah ditetapkan mengikut kategori masing-masing. Target Face untuk latihan tidak boleh diguna untuk pemarkahan. Pastikan anda menggunakan Target Face baru bagi setiap set. Tandakan nombor 1 dan nama pemanah pada Target Face set 1, nombor 2 dan nama pemanah bagi Target Face nombor 2, nombor 3 dan nama pemanah bagi Target Face nombor 3 dan nombor 4 dan nama pemanah bagi Target Face nombor 4.
4. Setelah selesai scoring sila hantar skor kad dalam bentuk PDF atau jpeg sebelum jam 7:00 petang, 19 September 2021 melalui borang di https://forms.gle/e5it2LUzrTZnGZvg9
5. Ringkasan langkah yang perlu anda lakukan sebagai peserta.
i. Muat turun Ianseo Scorekeeper.
ii. Muat turun skor kad anda & Target Face.
iii. Scoring secara manual di dalam skor kad anda.
iv. Scoring menggunakan aplikasi Ianseo Scorekeeper.
v. Hantar skor kad manual dan target face anda.
6. Status skor rasmi anda adalah tertakluk ke atas peraturan di bawah:
7. Sila ikuti langkah-langkah ini dengan teliti bagi mengelakkan sebarang kesulitan di pihak penganjur dan peserta lain. Sebarang kelewatan pengisian markah atau serahan skor kad manual tidak akan di layan.
8. Keputusan rasmi akan dikeluarkan pada jam 9:00 malam pada 19 September 2021. Keputusan boleh di lihat di http://www.ianseo.net/Details.php?toid=9030
Peraturan dan Etika
1. Kejohanan ini bukanlah kejohanan rasmi. Semua rekod yang terhasil dari kejohanan ini adalah tidak layak untuk diiktiraf sebagai rekod.
2. Memanah di tempat anda sendiri. Jika anda memanah di lapang sasar negeri/ persatuan/ kelab/ di mana-mana tempat yang memerlukan kebenaran, anda harus memastikan bahawa anda telah mendapat kebenaran dari pihak yang berkenaan dan keselamatan di keseluruhan kawasan panahan.
3. Sila patuhi jarak dan target face mengikut kategori anda dan juga tarikh dan masa yang telah ditetapkan.
4. Tiada Hakim yang akan bertugas semasa permarkahan dijalankan. Oleh itu, keikhlasan dan kejujuran setiap peserta sangat dihargai untuk memastikan permarkahan yang adil dan saksama.
5. Patuhi SOP dan Perintah Kawalan Pergerakan semasa yang telah ditetapkan. Bersama kita putuskan rantaian COVID-19.
6. Kongsikan gambar anda dalam laman sosial media (facebook/Instagram/twitter) menggunakan hastag #2021malaysiadayarchery
Pertanyaan
1. En. Mukhriz bin Mohamed +60 13-352 5586
CONTOH GAMBAR TARGET FACE DAN SCORECARD