Persatuan Memanah Selangor (SELAR) dengan kerjasama Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) akan mengadakan Kursus Kejurulatihan Memanah Tahap 1 seperti ketentuan berikut:
Tarikh: 4-7 Ogos 2022
Tempat: UPM-MTDC III, UPM SERDANG
Pihak persatuan menjemput sesiapa yang berminat untuk menyertai kursus ini. Syarat permohonan dan juga maklumat kursus adalah seperti lampiran. Tarikh tutup permohonan adalah pada 20 Julai 2022 (atau bila tempat telah penuh diisi).
YURAN: RM 380.00 seorang
- Nota kursus, minum pagi, makan tengahari dan minum petang disediakan.
- Pengangkutan dan penginapan adalah urusan sendiri.
JUMLAH PESERTA: terhad kepada 60 orang sahaja
SYARAT PENYERTAAN
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas pada tahun semasa.
- Memahami Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.
- Jawatankuasa Kejurulatihan NAAM mempunyai hak untuk memilih calon yang berkelayakan sahaja untuk menyertai kursus
ini. - Mempunyai pengalaman dalam bidang kejurulatihan sukan memanah selama 3 tahun.
- Bagi pemohon Tahap 1, peserta wajib melampirkan sijil Kursus Asas Kejurulatihan Memanah untuk melayakkan menduduki
kursus Tahap 1
FASILITATOR & PENGENDALIAN
Fasilitator Kursus: Disediakan oleh NAAM
- Bahasa Penghantar : Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
- Tahap : Kebangsaan Tahap 1
- Sijil Penyertaan Kursus akan diberikan oleh Penganjur kepada semua peserta.
- Sijil Lulus akan dikeluarkan oleh NAAM
PENDAFTARAN
Peserta yang ditawarkan tempat hendaklah membayar yuran pendahuluan sebanyak RM 250.00 sebagai pengesahan.
- Baki Bayaran (RM 130.00) perlu dibayar pada hari pendaftaran
- Yuran kursus akan hangus sekiranya peserta tidak hadir pada hari pendaftaran
- Maklumat pembayaran akan dimaklum kepada peserta yang ditawarkan tempat
- Pendaftaran peserta (klik dibawah untuk pendaftaran):
Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan kursus ini, sila hubungi pegawai berikut (pesanan Whatsapp sahaja): Puan Dahlia Mohlisi, No HP : 019-3202321.